29 Dec 2007

Mari Jumpa-jumpa Jom

Sila "scroll" ke bawah untuk entri terkini sebelum 29 Disember.... kalau adalah haha



Klik kat sini kalau korang nak jumpa aku.

Klik kat sini kalau korang nak calonkan aku hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Dec 2007

SMS Hunt


Sapa boleh jawab soalan ini dalam masa 3 minit.. aku akan bagi hadiah. 50E6S?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Nov 2007

Kuching

Aku baru balik dari Kuching semalam. Pergi 4 hari 3 malam. Tapi Ahad dan Isnin meeting. Sabtu lepas "check in" kat hotel, terus pergi pasar minggu Satok. Naik teksi RM10 pergi.. RM10 balik. Orang kata ada banyak jual benda-benda pelik tapi aku tak jumpa pun yang pelik-pelik. Silap masuk simpang agaknya. Banyak jualan souvenir selain dari jualan kat pasar malam macam biasa. Makan malam kat warong yang berderet-deret tepi Jalan Satok tu. Orang punyalah ramai...

Ahad lepas "meeting" habis jam 5 terus ronda-ronda kat lot-lot kedai tapi banyak yang dah tutup. Orang kata ada kedai yang "specialist" tikar Sarawak tapi tak jumpa pun. Yang jual carca marba banyaklah. Malam lepas makan ronda-ronda Waterfront. Ramai peniaga tepi jalan yang jual gambir hehe. Yang jual kristal pun banyak. Sebelum balik tidur pergi minum teh si (teh tarik tarik dangdut). Tak sedap pun. Cuma masa air tu sampai memang nampak teh tu berdangdut. RM3 segelas.

Isnin petang pukul 3.30 pergi "site visit". Lepas "site visit" terus drebar bawak pergi "site visit" pasar satok tempat terubuk masin, kilang pasu, kedai tikar Batu 7, kedai kek lapis Dayang dan makan mee kolok. Aku beruntung dapat drebar yang rajin bawak orang berjalan-jalan. Pukul 9.00 malam baru dia hantar balik hotel.

Selasa pagi pergi kampung budaya (Sarawak Cultural Village - SCV). Tiket masuk RM60 seorang! Drebar aku selamba je masuk sekali tanpa bayar. Dia jadi pemandu pelancong dan tukang amik gambar sekali. Kat SCV tu oklah jugak sebab setiap rumah yg kita singgah akan ada persembahan dan penerangan tentang budaya suku kaum tu. 11.30 ada cultural show.

Lepas cultural show tamat, aku perlu berangkat terus ke "airport" sebab "flight" pukul 3. Tetiba dapat SMS dari Airasia kata "flight" tunda ke 5.40. Nasib baik dapat sms tu.... sempat suruh drebar pergi pasar beli terubuk lagi dan cari lagi souvenirs yang masih tak cukup lagi.

Tempat menarik macam muzium kucing etc tak sempat nak lawat sebab pergi bermeeting.. habis "meeting" semua tempat dah tutup. Nak naik sampan seberang sungai pun tak dapat sebab anak aku takut nak naik.. takut jumpa buaya.. lagipun dapat drebar yang hantar sendiri ikut jalan darat ke kedai kek lapis tu.. so "kewajipan" naik bot tu dah takder dah.

Satu je yang tak best bila dah balik di LCCT. Nak naik teksi tak muat sebab bonet teksi kan ada tong gas. Nak tak nak terpaksa ambil van/ family car. Kat kaunter punch tru sistem depa .. LCCT - rumah aku, harga family car RM207! Kautim-kautim.. dapat kurangkan jadi RM180. Kalau naik 2 teksi pun 180 jugak.. jadi terpaksa lah ambil. Kalau aku tahu awal-awal.. suruh kawan datang amik lagi bagus....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Nov 2007

Si Tua dan Si Seksi

Ishkk.. ramai betul yang suka cerita lucah rupanya. Setakat ni, peratusan pengunjung blog ini yang memilih cerita lucah kekal pada 60 hingga 70%. Tak sangka aku, ramai lagi yang mencari Cikgu Suraya. Baiklah... apa gunanya aku buat undian kalau aku tak berniat "menghadiahkan" apa yang dipilih majoriti pengunjung.... maka adalah dengan ini dipersembahkan sebuah cerita lucah buat hiburan semua.

Korang selalu jumpa tak sepasang suami isteri yang dah berumur... si suami berkopiah dan si isteri bertudung litup? Mesti selalu kan. Kalau yang berjalan sekali dengan mereka adalah seorang perempuan muda yang seksi.. biasa jumpa tak? Tak biasa? Takkan lah tak biasa. Mungkin definasi seksi bagi korang berbeza dengan aku agaknya. Mungkin kalau takat nampak pusat dah tak dikira seksi lagi pada zaman sekarang. Kalau setakat berseluar paras lutut dan t-shirt kecik yang menampakkan bentuk tetek masih belum dikira seksi agaknya. Yang pakai tudung tapi berkebaya jarang nampak seolah-olah berkemban pun sudah dikira fesyen wajib bagi sesetengah orang barangkali. Yang memakai kain batik berbelah hingga ke peha dikira menjiwai budaya Melayu yang mesti dipertahankan. Ada yang berbaju cerah dan jarang dipadankan dengan coli berwarna merah menyala. Yang berbaju kurung nipis tanpa kain dalam juga sudah semakin ramai. Yang memakai blaus bertangan transparen semakin laku di pasar-pasar malam. Yang berseluar sendat menampakkan bentuk bontot semakin diminati ramai termasuk pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi. Bayangkan seluar jeans ketat itu bercawat pendek dan dipadankan dengan baju singkat separas pusat dan tudung. Perghhh.. indahnya pemandangan!

Berbalik kepada pasangan tua tadi.. mengapa pakcik sanggup biarkan lurah dada dan alur bontot anak pakcik menjadi tatapan orang ramai di pasar malam sedangkan pakcik sendiri berkopiah? Mengapa makcik sanggup izinkan mata-mata gersang di sekeliling menjamah dan membayangkan batang tubuh anak makcik dalam pelukan mereka sedangkan makcik sendiri begitu anggun bertudung?
Mengapa pakcik? Mengapa makcik? Pakcik dan makcik masa muda-muda dulu perangainya sama macam anak-anak pakcik makcik itu yaaaaa...... ooo... jadi yang berkopiah dan bertudung tu sebab pakcik dan makcik rasa dah dekat nak mati sebab dah tua yaaaaa..... pakcik ingat anak pakcik tu tak boleh mati ker masa muda? Makcik yakin sangat ke anak makcik tu sempat jadi tua dan bertaubat macam makcik? Atau yang sebenarnya.. pakcik dan makcik sangka hukum agama itu untuk orang yang dah nak mampus je?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Nov 2007

Amazing Asia

Malam tadi aku tengok The Amazing Race Asia 2: Racers Revealed. Kesian aku pada yang bersungguh-sungguh buat video tapi tidak dipilih sebagai peserta program tu. Ada yang sanggup makan janin dalam telur itik, terjun bangunan, menari eksotik pakai bikini, buat lawak bodoh yang memalukan diri sendiri dan macam-macam lagi. Sia-sia sahaja usaha mereka kerana yang terpilih sebagai peserta kebanyakannya setakat bersembang-sembang je.

Kalaulah ada musim ketiga nanti, aku ingin mencadangkan kepada sesiapa yang nak masuk rancangan tu, korang kena pastikan yang korang adalah seorang artis/model/ratu/vj channel V/pernah jadi cover majalah Jantan Sasa/pemilik majalah Jantan Sasa/penari yang dah berumur tapi body masih macam anak dara lagi/lelaki kulit hitam Amerika yang kahwin dengan orang Amerika yang ada rupa mirip-mirip orang asia atau jurulatih gim.

Tiada ciri-ciri yang aku sebut tu? Kalau takda... tak usah mimpi lah nak dapat masuk. Oh ya.. satu lagi.. korang mestilah dah memang sedia kaya raya jugak.

Heran aku.... The Amazing Race yang dari US tu biasanya ada 2,3 pasangan jer yang sexy-mexy ni. Yang Asia punya ni.... terbalik pulak, cuma 2, 3 pasukan yang tak boleh guna penampilan seks (sex appeal) mereka.

Kesimpulan : Mat Salleh yang jadi penerbit rancangan tu suka dengan orang Asia seksi atau orang-orang Asia memang jauh lebih cantik daripada orang Amerika!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Nov 2007

Kena tipu

Anak aku: Ayah... jangan cakap 8 tau
Aku: OK
Anak aku: 2 + 2 berapa?
Aku: 4
Anak aku: Kan tadik kakak dah cakap jangan cakap 4
Aku: Apa pulak.. tadi kakak cakap jangan cakap 8
Anak aku: Hahhhh.. tu ayah cakap 8 (sambil tergelak guling-guling depan aku)
Aku: Cheh.... kakak main tipuuu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Oct 2007

Bosan

Entah kenapa.. tahun ini.. aku rasa tersangatlah bosannya baca ucapan selamat hari raya dan maaf zahir batin yang berlambak-lambak sekarang ni.

Mailbox email opis penuh dengan ucapan yang dibuat oleh individu yang aku tak kenal mengucapkan selamat kepada semua staf. Sekarang ni aku dah fedup nak bukak mailbox tu.


Kat forum pun sama gak. Semua ucap benda sama dan mintak benda yang sama.

Kebanyakan blog yang aku dah baca pun dok tulis benda yang sama jugak.

Dan....

Blog aku ni pun tak terkecuali nak ucapkan Selamat Beraya Sakan dan Minta Ampun Zahir dan Batin.



BOSANNYAAAAAAAAA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Oct 2007

Water Hunt

Ada sapa-sapa mau team up dengan aku masuk Water Hunt tak? Kira macam treasure hunt lah.. cuma sebab sempena Minggu Air Malaysia jadilah Water Hunt.Tarikh 28 Oktober 2007 jam 8 pagi di Central Market Kuala Lumpur. Tarikh tutup 15 Oktober so kena hantar borang sebelum raya lah. Kalau ada yang berminat dan ada pengalaman marilah bersama-sama menjadi pemenang.. hadiahnya lumayan weii.. RM2000.00. Email aku kat lanrambai at gmail dot com

Maklumat lanjut klik http://www.water.gov.my/templates/media_centre/images/pdf/2ndMalaysian_Water%20Week_Water%20Hunt.pdf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 Sep 2007

Pinggang

Pagi ni sepatutnya aku rekodkan berat aku.. tapi mesin timbang kat opis ni dah takda sejak 2 hari lepas. Tuan punya mesin tu dah lama pindah ke tempat lain sebenarnya. Selama ni dah jadi macam harta benda opis aku ni jer. Tiba-tiba, di saat aku sangat memerlukan.. dah takda pulak. Kalau aku pakai mesin timbang lain mesti tak sama ketepatannya. Kali terakhir aku timbang Isnin lepas. Masa tu aku perlu kurangkan 1.8 kg lagi untuk capai target hari ni. Rasanya... tak tercapai target la untuk hari ni. Tapi takpa, yang pasti seluar aku yang sendat dulu, kini sedap-sedap dipakai. Yang dulu sedap-sedap dipakai, kini sudah agak longgar.

Semoga pagi raya nanti... pinggang seluar baju melayu aku yang sangat-sangat mencengkam perutku tahun lepas, menjadi senang untuk dibutangkan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 Sep 2007





Ya.. aku tahu.. aku dah jarang (bukan malas tau) update blog ni. Aku sibuk hehehehe. Dan ya... aku tahu.... gambar-gambar kat atas tu semuanya comel-comel belaka. Dah anak aku.. tentulah comel hahahaha. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Sep 2007

Sasaran Kerja Tahunan

9.10 pagi 1 Ramadhan 1428 - 80 kg

8 Ramadhan 1428 - 78 kg- BERJAYA!!

15 Ramadhan 1428 - 75 kg

22 Ramadhan 1428 - 72 kg

28 Ramadhan 1428 - 70 kg

Selamat Berpuasa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Aug 2007

Bahasa Melayu Pupus Bila?

Tivi atau televisyen adalah perkataan yang diceduk terus dari Bahasa Inggeris kerana ia sesuatu yang baru dan tidak pernah wujud di Tanah Melayu sebelum dibawa masuk oleh penjajah.

Komunikasi
Transformasi
Motivasi
Rekreasi
Situasi

Semua perkataan di atas sudah sedia ada perkataan Melayunya.... kenapa dimelayukan juga perkataan Inggeris itu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Jul 2007

Puitis

Puisi 4 baris buat anak-anak kesayanganku.

Wahai anak-anakku,
Adakah kalian ada jadual waktu?
Bergilir-gilir satu-persatu,
Tidur lebih lewat dari ibumu?


UWAAAAAAAA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Jul 2007

Jamban

Aku pindah ke rumah aku sekarang pada September 2001. Rumah ini ada 3 jamban. Semuanya jamban duduk.

Aku bekerja hampir 3 tahun di pejabat sebelum tempat aku kerja sekarang ni. Di pejabat itu ada 3 tandas lelaki. Semuanya ada jamban duduk.

Sekarang aku bekerja di ibu pejabat. Di pejabat ini ada banyak tandas lelaki (aku tak sempat kira ada berapa). Tapiiiiii... tak ada satu pun jamban duduk! Dah lebih seminggu aku tak berak weii.... kat pejabat nilah hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 Jun 2007

9 tahun

Semalam, 28 Jun, adalah hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke sembilan. Sekian dan terima kasih "in advance" atas ucapan tahniah yang bakal diucapkan oleh korang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Jun 2007

Alhamdulillah 2

Maaf.. kisah jiwang karat aku terpaksa ditangguhkan dulu sambungannya. Sabar ya peminta-peminat sekelian. Aku ada urusan lain yang terpaksa diselesaikan dulu sebab "pink form" yang aku nanti-nantikan telah selamat diterima pada Jumaat lepas. Lapor diri pada 15 Jun ni di ibu pejabat. Oleh kerana kat tempat aku sekarang tiada jawatan yang aku akan pangku, maka aku akan berpindah ke tempat lain.

Tapi, masa taklimat dulu tu, kami semua macam kena tipu lah. Masa taklimat diberitahu tarikh pemangkuan jawatan pada 1 April (maksudnya akan ada tunggakan) tapi bila dah keluar surat, tak ada perkataan April pun dalam surat tu. Sia-sia saja, aku tidak bercuti sepanjang bulan April dulu. Dengan tarikh baru ni pulak, bermakna aku tak boleh bercuti masa sambut ulang tahun pernikahan aku!

ps - syarat memangku jawatan ialah bekerja secara terus tanpa cuti selama 28 hari dari hari pertama pemangkuan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Jun 2007

Langkah Pertama

"Hello.... boleh saya bercakap dengan Zakiah?"... itulah ayat pertama aku untuk mengorat Emy. Nama sebenar Emy ialah Zakiah? Bukan. Zakiah kawan sekursus aku masa di Uniselatan. Kebetulan dia kerja sepejabat dengan Emy. Selepas bersembang-sembang kosong dengan Zakiah, aku minta dia sampaikan salam aku, "Kata kat Emy, mamat yang datang dengan Mokh hari tu kirim salam". Zakiah tergelak besar dan mengutuk aku. "Patutlah tetiba jer teringat nak call aku.... nak ngorat kawan aku rupanya". Aku hanya tersengih malu di hujung talian dan meletakkan gagang telefon.

Kali kedua menghubungi Zakiah beberapa hari kemudian, aku terus ditempelak..."Kalau takat nak kirim salam jer, malas aku nak layan ko ni!". Zakiah terus meletakkan panggilan aku dalam pegangan (on hold kalau dalam bahasa omputeh). Sejurus kemudian terdengar satu suara yang begitu lunak mengucapkan "Hello".

Aramakkkkk... apa nak aku cakap ni??? Mungkin dia dapat merasakan getaran pada suara aku ketika aku memberikan salam. Selepas beberapa kali bertukar kata-kata, barulah aku dapat hilangkan rasa gementar. Bila dah hilang gementar, aku pulak yang lebih-lebih. Beberapa kali diberi petunjuk untuk menamatkan perbualan (contoh: Saya tengah buat kerja yang perlu disiapkan malam ni juga) masih gagal membuatkan aku menamatkan perbualan. Entah dari mana datang ide untuk membebel pada petang itu, hanya Tuhan yang tahu. Akhirnya, selepas setengah jam, baru aku sedar yang aku seorang sahaja yang bercakap sedangkan dia hanya mengiya dan mengehemkan sahaja kata-kata aku.

Setelah fikiranku waras kembali, "Maafkan saya Emy, boleh saya call awak lagi?" Senyap. Hampir 5 saat.
Aku :Emy....hello....
Dia :Ya.. ya hello.. ada ni, maaflah, apa awak cakap tadi?
Aku :Takda apa-apa.
Dia :ohh.. boss saya panggillah.. Maaf ya.. assalamualaikum.
Aku :Waalaikumsa....
Bunyi gagang telefon diletakkan.

Bersambung.

PS - Petang kelmarin dalam pukul 6.30 aku singgah rumah Kemat. Tak sempat nak ke rumah dia masa kenduri kahwin dia. Mentang-mentanglah hari dok hujan jer sekarang ni, asyik dok dalam bilik jer. Lepas bersembang dengan bapak dia lebih kurang 5 minit baru dia keluar. 20 minit kemudian baru isteri dia keluar. Baru lepas mandi pulak tu! Memang tepat benar aku bagi hadiah tuala mandi kat ko kemattt..... aku tahu ko memang kena selalu mandi sepanjang minggu ni. Ahad ni, bini ko dah balik mengajar kat Sandakan. KASIHAN!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 May 2007

Kisah Jiwang Karat Kembali

Pada suatu masa dahulu…. Aku cuba nak ngorat budak junior aku... tapi….ngoratan aku gagal sepanjang aku study dulu. Namun, masa aku dah kerja kat KL dan dia masih belajar kat JB, aku yang gigih berusaha ini tetap cuba nak ngorat dia. Manalah tau.. bila dah ada kerja ni..

Rupa-rupanya….. dia nak mintak tolong carikan maklumat untuk tugasan dia. Ermmm.. takpelah.. maknanya ada jugak guna aku pada dia… Aku janji untuk tolong carikan maklumat tu dan memaklumkan bahawa aku sendiri akan menghantar benda alah tu guna tangan aku. Dia suruh guna tangan Pos Malaysia jer.. tapi aku tetap dengan pendirianku. Tangan Pos Malaysia tak best kata aku. Sukahati awaklah.. jawab dia sambil ketawa manja.

Petang itu…. ya petang dua puluh haribulan Oktober sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh lima yang bersejarah itu… aku bersama Mokh yang sedang membuat praktikal di firma tempat aku kerja, beriringan menuju ke Melawati dari Subang Jaya menggunakan motor cub kami. Aku naik EX5 aku… dia bawak EX5 dia.

Rupa-rupanya kawan Mokh ni perempuan… “Kenalkan.. ni Emy…. ni Lanrambai”. Entah kenapa…. Hati ini terasa seperti disentuh semasa aku pertama kali menatap wajah itu. Rasa berdebar yang amat sangat.

Keceriaanku sejak pagi kerana berjaya mencari maklumat yang dikehendaki S tiba-tiba bertukar dengan keterpesonaan aku menatap wajah mu Emy!

Sementara menunggu supir aku datang… sambil menghisap rokok… “Aku jumpa awek yang bakal buat mak aku suka lah tadik Kecik… Rasa malas pulak nak gi JB ni”. Kecik hanya sengih jer dengar cakap aku tu.

“Lan… kereta Atuk tayar pancat lah…. Dia tak jadik gi JB”….. Tak tahu kenapa.. aku jadi gembira mendengar perkhabaran itu.

Sejak malam itu… aku tak pernah hubungi S lagi. Dia ada menelefon beberapa kali bertanyakan maklumat yang dia mintak tolong tu… tapi aku tipu dia hidup-hidup. Aku kata aku tak dapat hahahahaha…. Baru padan muka dia.


Tak paham? Keliru? Sebenarnya, perenggan-perenggan di atas adalah beberapa petikan dari isen lama aku, Kisah Jiwang Karat. Yang pernah baca, sila buat ulangkaji. Yang belum pernah baca lagi, sila baca dengan sabar sebab itu adalah isen aku yang paling panjang pernah aku tulis di blog ini.

Kenapa aku suruh korang baca isen itu? Sebab... bulan Jun adalah bulan ulangtahun pernikahan aku... Blog aku akan penuh dengan kisah jiwang karat bermula dengan imbasan kembali ini!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 May 2007

Kemat oh Kemat

Tadi Kemat telefon aku. Ajak makan-makan katanya. Nampak gayanya.. lewat petang atau malam baru aku sampai rumah dia. Hari yang sama dah ada jemputan kat Melaka dan Kajang. Mak aku awal-awal lagi dah bagitahu yang saudara aku kat Melaka tu datang satu keluarga masa kenduri kahwin aku dulu. 2 Jun balik Melaka tidur sana. Pukul 12 mesti dah mula makan nasi minyak. Kalau mak aku tak lama bersembang dapatlah bergerak ke Kajang cepat. Kalau lama boraknya, lambatlah aku sampai Kajang dan seterusnya lambatlah aku sampai rumah ko Kemat.

Kalau aku datang pukul 10 malam.... agak-agaknya si Kemat tu marah tak ek?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 May 2007

Naikkkkkkkk

Pilihanraya dah makin dekat niiii


Sekarang harga Innova berapa ek?.. bukan nak beli pun.. kalau tahu harga sekarang boleh compare dengan harganya bermula bulan 7 nanti....... naik ke tak agaknya???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 May 2007

Jom Ke Surau

Akhil Hayy datang lagi ke Surau Al-Hidayah.


Ceramah beliau sebenarnya acara penutup kepada Karnival Jom Ke Surau. Bermula 9 pagi lagi, bermacam-macam aktiviti yang dianjurkan. Pertandingan Nasyid Pra-Sekolah dan Antara Rumah, mewarna untuk murid sekolah rendah, explorace remaja, congkak dan gubahan bunga kaum ibu, sepakraga bulatan kaum bapak, derma darah, pendaftaran SPR, "halau hantu" oleh Darul Syifa, jualan bonet kereta (car boot sale) dan yang paling utama sekali gerai-gerai jualan. Aku sebut yang utama sekali sebab aku bukak gerai jugak haha.

Tak sangka betull... ramai yang minat dengan sosej aku... hehehe... 250 batang! Nuget ayam 7 kg. Bebola udang, ketam, ayam.. tah berapa kilo tah. Tak henti-henti menggoreng kecuali waktu zuhor, waktu budak-budak sedang mewarna dan waktu Asar. Mujur Kakak dan sepupunya tolong jualkan sekali. Kalau tidak, tak menang tangan nak layan.

Budak lelaki baju oren (Bang Ngah) dalam gambar kat atas ni.. kerjanya... mintak duit beli aiskrim, air botol, air kotak, aiskrim lagi, air kotak lagi, air botol lagi.. tah berapa banyak yang dia seorang belanjakan entahlah.. tak terkira aku. Hari pulak panas terik. Aku sendiri banyak abiskan duit beli air jugak hehe.


Sibuk dengan gerai sampai nak balik tukar seluar sukan pun tak sempat untuk main sepakraga ni. Kasut pun pinjam kawan punya.... tapi GAYA TETAP ADA!!! hahahaha

ps - gambar-gambar semua aku cilok dari www.saujanautama.com sumbangan Badass, Kemat Hassan dan Berlingo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 May 2007

Satu Tahun

Hari ini genap setahun umur blog ini..... yehaaaaaaa....

ps - nasib baik Liverpool menang hari tu... kalau tak... aku dah tutup terus dah blog ni hahaha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Apr 2007

PSV Eindhoven 0-3 Liverpool: Ruthless Reds

Cukuplah setakat gambar ni jer ya... aku banyak kerja lah hahahahahahahaha

Update 11.30 am

Terimakasih atas semua ucapan tahniah.
Makan-makan? Open table? Keropok ubi pedas? Oklah.... makanlah seorang secucuk sate ni.. tapi air buat sendiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Apr 2007

Alhamdulillah

Sejak aku masuk kerja dengan gomen ni, rezeki aku murah betul. Aku lapor diri Oktober 1999. Tak lama lepas tu, kerajaan umum gaji kakitangan awam naik 10%. Sebelum pilihanraya umum tahun 2004, lagi sekali kerajaan naikkan gaji 10%. Tahun 2005 pulak, Sistem Saraan Baru ditukar kepada Sistem Saraan Malaysia pulak. Gred aku dapat kenaikan dalam RM60 kalau aku tak silap. Maknanya dalam tempoh tak sampai 6 tahun, aku sudah rasa 3 kali naik gaji.

Pagi tadi pulak, aku dipanggil untuk menghadiri taklimat pemangkuan gred..... atau dengan bahasa rasmi rakyat Malaysia... taklimat naik pangkat! Awal minggu lepas lagi aku dapat email pasal taklimat tu. Tangan aku ni dok gatal jer nak taip isen pasal email tu. Tapi aku berjaya kawal. Surat rasmi pun takda, jadi aku takut... manalah tahu dorang tersalah email kat aku ke. Masa daftar tadi, nama aku ada dalam senarai, barulah boleh hebohkan satu dunia macam sekarang ni hahaha.

Walaubagaimanapun, surat rasmi (orang gomen panggil "pink form" sebab surat tu kaler merah jambu) belum keluar lagi. Lebih menarik, tarikh mula naik pangkat adalah 1 April 2007. Biasalah.... 660 orang yang naik pangkat serentak. Memang lambat sikit sebab nak tentukan siapa duduk kat mana dan sebagainya. Tambahan pula, kenaikan pangkat ni perlu dibuat dalam tempoh yang singkat setelah dapat kelulusan pihak atasan. Buat masa ini, masing-masing akan tetap bertugas di tempat bertugas sekarang sehinggalah "pink form" diterima dalam masa sebulan dua ni. Kemungkinan untuk aku berpindah ke tempat lain memang besar sebab sekarang ni tiada jawatan yang aku akan pangku kat sini.

Sebenarnya ada banyak pihak yang tak puas hati berkenaan kenaikan pangkat ni. Tapi tak payahlah aku ceritakan kat sini. Takut ada yang tersinggung. Apa yang mampu aku buat sekarang ialah bersyukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi atas limpahan rezeki yang diberiNya dan bertekad untuk bekerja dengan lebih keras lagi. Oleh itu, kemungkinan besar Kisah Sebiji Rambai akan sedikit sepi dari isen-isen baru.

Aku kena selesaikan kerja-kerja aku yang tak selesai sejak 2 tahun lepas dalam masa sebulan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 Mar 2007

DNA Jasmin

Eja : Mama, maafkan Eja mama. Eja dah terlanjur dengan Zamri. Masa tu Eja tak tahan dengan godaan syaitan mama. Eja lupa pada mama. Sekarang ni Eja dah mengandungkan anak Zamri.
Mama: Hah! Takpelah. Mama akan pastikan si Zamri tu bertanggungjawab. Walaupun mama tak sukakan bapak dia, demi mengelakkan keluarga kita malu, mama sanggup berbesan dengan tua kutuk tak sedar diri si M. Rajoli itu.

Seminggu kemudian.

Eja: Mama, Zamri kemalangan! Dia dah meninggal!
Mama: Alamak.... malulah kita macam ni. Tapi bagus jugak. Tak payah mama berbesan dengan tua kutuk tak sedar diri M. Rajoli itu.

Seminggu kemudian. Malam pertama.....

Razman: Abang akan mencintai Eja sehingga ke akhir hayat abang. Percayalah. Abang dah lama cintakan Eja. Sejak kita di bangku sekolah lagi. Bila mama abang suarakan hasrat untuk bermenantukan abang, abang terus setuju. Lebih-lebih lagi, mama cakap boleh kahwin free.. lagilah abang happy.....
Eja: (Hanya tersenyum kelat.. dalam hati beliau menangis kerana baru kehilangan Zamri)

Lapan tahun kemudian.

Tua Kutuk M. Rajoli: Masa kamu kahwin dengan Eja dulu, dia mengandung anak Zamri. Dia mengandungkan Jasmin..... cucu aku.
Razman: Apa? Patutlah aku dapat kahwin free dulu.

Setengah jam kemudian.

Razman: Ko keluar dari rumah ini. Bawak anak haram tu sekali. Aku tak nak tengok muka korang lagi.
Korang tahu tak kesudahan cerita ni? Tak tahu? Tulah.. korang sibuk mendengar komen dan kutukan pengkritik tetap Pusat Pendidikan Khayalan 5 yang pernah bertaubat gila-gila selepas balik dari umrah dulu-dulu tapi kembali aktif menyanyi akibat lagu duet beliau bersama penagih tegar menjadi kegemaran ramai semula setelah dinyanyikan oleh anak penyanyi yang seangkatan dengannya tu sampai tak ada masa nak tengok drama melayu yang sungguh menyayat hati ini. Sedih gila babi gua cakap lu. Dengan ujian DNA guna dekat segelen darah (kalau CSI pakai air liur ja). Dengan fesyen baju Eja yang macam penyanyi utama Boria tu. Dengan lagu sedih yang entah berapa kali jadi latar belakang. Dan yang paling mengkagumkan ialah kematian Jasmin dipilih sebagai penghujung cerita. Habis salah jangkaan aku bahawa Jasminlah yang akan menyatukan kembali Eja dengan si pak sanggup itu.

Arghhh.... bosannya malam minggu bila tiada perlawanan Liga Perdana Inggeris!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Mar 2007

Diari Akademi Fantasia 5

Aku rasa kan, 30/40 tahun lagi, Bahasa Melayu akan pupus sama sekali lah. Cuba anda tengok tajuk isen aku kali ini. Ada 3 perkataan dan satu nombor. Ketiga-tiga perkataan tersebut dimelayukan daripada Bahasa Inggeris. Kenapa guna "diari", "academy" dan "fantasy"? Kenapa tidak dinamakan "Lapuran Harian Pusat Pendidikan Khayalan 5"?

Adakah dengan menggunakan "fantasia", tak ketara sangat kekhayalan rancangan tersebut?

Aku rasa, 30/40 tahun lagi, Bahasa Melayu akan pupus sama sekali.


ps - perkataan blog juga digunapakai terus dalam Bahasa Melayu. Tiada sesiapa yang nak cipta perkataan baru. Seperti juga semua benda-benda baru wujud kat dunia ni macam internet, televisyen, teknologi, radio dan sebagainya. Semuanya diubah ejaan sahaja dah dianggap sebagai Bahasa Melayu. errmm. adakah ini bererti perkataan "nombor" juga tidak ada pada zaman Hang Jebat dulu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Mar 2007

Pulau Mesyuarat

Hari ni aku masuk kerja jam 10 pagi sebab hujan hehe. Sampai pejabat terus masuk mesyuarat yang dah bermula sejak 9 pagi. Mesyuarat sampai 1.30. 2.30 petang sambung mesyuarat lain pulak dengan orang yang yang lebih kurang sama. Boss-boss sebelum ni, suka bincang kat bilik dia ja. Boss baru aku ni suka pulak buat mesyuarat. Ngantuk gila wei. Aku selalu tidur kejap masa tengahari. Hari ni tak sempat. Tah apa yang dibincangkan tah. Aku ni kira nak cukupkan korum je dalam mesyuarat belah petang tu.

Tapi, tiba-tiba aku jadi segar bila terdengar boss bagi cadangan buat mesyuarat lepas ni kat Tioman atau Perhentian. Tak tahu le jadi ke tak. Patutlah staff otai kat sini cakap boss baru ni bagus. Dua-dua pulau aku dah pernah pergi sebenarnya. Syok gila. Kalau pergi kat pulau-pulau macam tu, nak meeting berapa kali pun aku tak kisah. Jangan ke Langkawi lagi sudahlah. Aku dah bosan dengan coklat haha.

Sebenarnya, hari ni tepat 19 tahun aku jadi anak yatim. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Mar 2007

Senarai

Aku nak buat entri baru tapi otak aku tak boleh nak mengarang sekarang ni. Jadi.. aku buat senarai jelah apa yang aku nak tulis.
  1. Buah hati pengarang jantung aku akan mula kerja balik Isnin ni. Kerja yang dibayar gajinya. Kerja yang tak perlu dibayar gaji tapi mendatangkan keseronokan itu masih bercuti lagi. UWAAAAAAAAAA.
  2. Kenapa pelajar sekolah agama kat Kelantan yang dapat 17 1A dan 1 2A tu tak diistihar pelajar terbaik SPM 2006? Adakah kerana "cadangan" asal ada pelajar lain yang berasal dari Johor dapat 19 1A? (yang kemudiannya didapati cuma 14 1A sahaja)
  3. Raja Lawak Astro patut ditukar tajuknya kepada Raja Badut Astro. Atau nama yang lebih baik Raja Lawak Bodoh Astro! Ehhh.. Raja Lawak Astro Bodoh lah lagi sedap.
  4. Akademi Fantasia dah bermula. Belum nyanyi dah suruh orang sms dah. Bangang betul. Bukan Astro yang bangang. Orang yang SMS yang bangang!
  5. Usaha aku untuk mendapat hit yang lebih tinggi dengan meletakkan "Cikgu Suraya" sebagai tajuk entri..... berjaya!
  6. Aku benci Manchester United.
  7. Masa dah tamat. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Mar 2007

Tiga Dalam Satu

Sukan SKSU 2007


Cikgu... Saya nak terkencing ni!!


Cikgu tak bagi saya kencing dulu tadi.. kan dah dapat nombor 3!


Cepat-cepat!


Cheh... nak kena merangkak pulak...


hehe... buat tahun kedua berturut-turut dapat medal...



Kak Long dan Bang Ngah bersama hadiah tambahan dari ayah.. Belon hehehe

*********************************
11 Mac 2003


Kek harilahir Bang Cik.. diraikan lewat sehari sebab ada masalah kedai kek.

Semua yang dalam gambar ni berebut nakkan kereta mainan yang diletakkan di atas kek cadangan asal.. akibatnya... kek ada kereta batal.. dan beli kek yang ada buah banyak ni...

*************************
Blok Tambahan


Masa aku sekolah rendah dulu, gelanggang takraw sentiasa ada budak yang main. Sebelum kelas mula, masa rehat dan selepas sekolah. Budak-budak sekarang, bola takraw pun ada yang tak kenal agaknya... gelanggang terpaksa dijadikan tapak blok tambahan sekolah. Tak ramai yang peduli pun pasal gelanggang ni.. mak bapak sekarang kan dok sebok pasal akademik jer. Semua nak anak masing-masing dapat 19 1A jugak nanti....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Mar 2007

You'll Never Walk Alone



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Feb 2007

Aku Risau

Orang kita kuat betul tahap cemburunya kan. Hari tu, seorang ibu dikatakan membunuh 2 orang anaknya sendiri yang masih kecil hanya kerana suami beliau ingin kahwin lain. Yang dibunuh budak-budak tu apa faedah yang dia dapat? Masuk penjara/kena gantung atau berehat di wad hospital gila.... dan suami dapat bini baru!

Akhbar hari ni pulak, seorang tua cemburukan isterinya yang masih muda, simbah asid ke belakang isteri dan kemudian bunuh diri minum asid! Dasatttttttt! Sedih sangat isteri dah tak suka atau takut kena penjara sebab simbah asid kat bini? Entahlah.. apa nak jadi?

Kisah kajian ke atas 887 pelajar perempuan berusia 13 - 17 tahun ini juga sesuatu yang merisaukan. 886 anak dara bermasalah ini mengaku pernah menikmati "pleasures of the flesh". "Pleasure" yang macamana? Seks lah! Itu baru di satu negeri. Itu baru yang dikalangan pelajar bermasalah. Kalau semua negeri? Kalau termasuk pelajar yang depan mak bapak dan guru macam malaikat tapi di belakang macam setan?

Ehhh.. apa yang aku nak kaitkan kes bunuh anak dan bunuh diri dengan masalah remaja rosak ni ya?

Ohh yaa... kalau sekarang, masyarakat kita dah kacau-bilau, tunggu 10, 20 tahun lagi bila generasi remaja rosak sekarang menjadi ibubapa pulak.

Aku.... Risau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 Feb 2007

Pelik Bin Ajaib

Nak jawab ke tag-tag Tiara, Penyubiru dan Tedungs ni? Ishhkkk.. malas betul aku lah. Tak buat kang, depa kata aku tak ada semangat keblogan pulak. Nak buat, rasanya tak ada benda yang pelik pada aku ni. Lagipun dah banyak blog yang senaraikan kepelikan dorang dan aku dapati ada banyak benda yang dorang rasa pelik tu, aku pun dok buat jugak. Jadi, bagi aku, dah tak pelik lah sebab orang lain pun dok buat benda yang sama.

Bagi aku, dalam entri Demam, aku dah ceritakan satu benda pelik aku iaitu aku tak boleh makan ubat demam. Sebenarnya apa-apa ubat penahan sakit aku tak boleh makan. Setakat panadol yang jadi kebiasaan untuk kebanyakan orang bila pening-pening tu pun aku tak boleh makan, inikan pulak ubatan lain yang lebih kuat. Sebut pasal alahan ubat ni, teringat aku akan kepelikan aku yang lain pula iaitu, aku jarang sangat rasa pening kepala. Mungkin sebab aku memang tak dibiasakan makan ubat, makanya kepala aku dapat kawal kepeningan tanpa perlu agihkan rasa tu pada aku agaknya.

Kepelikan aku yang seterusnya ialah, aku pernah dinasihatkan oleh doktor supaya jangan berada berhampiran dengan orang yang merokok. Nasihat itu aku dapat masa aku baru darjah 4 atau 5. Yang peliknya, sekarang ni, kalau rokok takda masa nak ke jamban, aku sanggup pergi kedai dulu beli rokok, baru boleh masuk jamban dan selesaikan urusan di situ. Tu sebab, bulan puasa, aku jarang sangat ke jamban waktu siang.

Kalau ada kalangan korang yang berjanji nak jumpa dengan aku, pastikan korang datang tepat pada masanya. Kalau korang lambat 15 minit pun cukuplah buat aku aku fikir yang bukan-bukan. Aku akan mula terbayang-bayang yang korang kemalangan ke, dah mati kena tembak dengan perompak ker, kena bobbit dengan bini ke dan sebagainya. Pendek kata, aku akan fikir benda tak elok yang sudah berlaku sebab aku cepat risau.

Ehhh.. dah berapa ekkk pelik aku? Baru empat rupanya.... apa lagi ya. Oh ya.. aku kuat makan. Perut aku akan berasa lapar balik dalam masa 3 - 4 jam selepas aku makan. Aku pun hairan sejak bila aku mula berperangai sebegini. Tapi kesannya ialah, berat aku telah mencecah ke satu tahap yang tak pernah dicapai lagi seumur hidup aku iaitu 79.75 kg pada minggu lepas. Walaubagaimanapun, alat penimbang tersebut agak meragukan kerana jarumnya bengkok sedikit dalam 2 darjah.

Arghhh. aku sekarang ni tengah lapar dah ni. Tapi takpa, aku akan cuba habiskan satu je lagi kepelikan aku iaitu, aku malu dengan perempuan. Sekian. Terima kasih.


Ps - sebagai pemutus rantaian tag yang tidak rasmi, maka dengan ini aku mengumumkan, tidak ada sesiapa yang dipilih untuk meneruskan tag ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Feb 2007

23 Febuari 2001

Kek cantik untuk di bawa ke sekolah.

Kek kecik dan ringkas untuk dimakan kat rumah malam ni.

Selamat Hari Lahir Buat Abang Ngah!

Cepatnya budak-budak ni membesar! Dan.. aku masih rasa aku muda lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 Feb 2007

Kepalaaaa

Bunga telur? Siapa yang nak kahwin ni?


Kahwin? Cukur jambul budak ni lah..



Ziyad jangan nangis tauuuu...

Baik-baik pakcik.. kepala budak ni nak pakai lama!


Takkan tunjuk gambar Ziyad je. Abang Ngah dan


Abang Chik pun nak muncul kat blog ni jugak.


Beberapa detik sebelum proses pembotakan kepala bermula



Pembotakan guna mesin sedang berjalan



Susu terpaksa digunakan untuk menenangkan kepala Ziyad



Dapat susu terus lelap.. bagussssssss



Selesaiii..


Ohhh ya..... inilah kepala yang penuh air tu...

:

:

:

:

:

:

:

:

:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Feb 2007

Penuh

Hari ini tepat 4 minggu anak keempat aku lahir.

Berjalan di tanah gersangggggg..
Mentari mencengkam dadaaaaa
Debu-debu di jalanan...
menjadi teman setiaaaaaaaaa

Kenapalah lirik lagu Kembara tu selalu bermain kat kepala hotak aku ni? Sebab aku selalu diperli dalam kegersangan sekarang ni ka? Apa maksud gersang yang sebenarnya? Kalau ikut lagu tu, gersang ni tandus, kering kontang, tak subur, tak ada AIR.

Aku?

PENUH!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Feb 2007

Gaji Awal

Selalunya belum sempat gaji seterusnya datang, aku dah kena isi minyak kereta pakai kad kredit. Kira macam aku guna balik apa yang aku dah bayar pada awal bulan. Bila kesudahan kebergantungan aku pada kad kredit itu tidaklah diketahui. Inilah akibat yang perlu aku tanggung disebabkan keborosan di masa lalu.

Sekarang ni dalam dompet aku masih ada duit sikit. Dalam akaun bank aku masih ada duit sikit. Dalam akaun bank bini aku pun masih ada duit sikit. Kad kredit aku masih belum digunakan lagi. Kad kredit bini aku yang selalu diguna untuk membeli susu anak juga masih belum "perlu" digunakan.

Masalahnya sekarang, mampukah aku mengawal diri dari menggunakan gaji yang masuk awal sempena Tahun Baru Cina ini? Kalau aku gagal, jenuh nak menunggu gaji seterusnya 38 hari lagi! Selalunya..... aku gagal!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Feb 2007

Nak Menang Saja

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri.


Anak itu berumur 5 tahun. Dia masuk pertandingan mewarna. Bersama dia ialah kakaknya yang berumur 10 tahun. Kakaknya tidak boleh bertanding kerana pertandingan itu hanya untuk yang berumur 6 tahun ke bawah. Sebaik sahaja lukisan yang perlu diwarnakan diterima, dia terus mengambil pensil warna dan mula mewarna. Bagi dia, apa-apa warna pun tak kisah. Pensil hijau yang dipegang ditenyeh ke muka tukang masak. Kakaknya terus menegur dan merampas pensil hijau itu dan memberikan pensil kuning cair. Selepas selesai muka itu diwarnakan, kakaknya dengan tenang memberikan tunjuk ajar warna apa yang perlu diguna untuk watak dan objek seterusnya.

Selepas setengah jam berlalu, ayah anak itu datang duduk bersebelahan anak-anaknya itu. Dilihatnya tak sampai separuh pun lukisan yang telah diwarnakan. Galakan diberi supaya anak ciliknya mewarna dengan lebih pantas. Tapi, budak seusia 5 tahun mana mungkin dapat mengagak dan merancang selaju mana dia perlu mewarna. Dia tetap dengan kelajuan yang sama. Mewarna lambat-lambat. Ayah yang melihat semakin resah. Kakak yang memberi panduan semakin gelisah.

Masa yang tinggal kini hanya 15 minit sahaja lagi. Si Kakak yang bimbang Si Adik gagal menyiapkan lukisan itu dengan sempurna mengambil keputusan untuk mengambil alih. Si Ayah pula membiarkan sahaja Si Kakak memberi "bantuan".

Masa mewarna tamat. Si Adik merasa sangat gembira kerana dia berjaya menyiapkan lukisan itu dengan bantuan Si Kakak. Si Kakak pula sangat gembira kerana dia yakin Si Adik akan berjaya mendapat kedudukan yang baik hasil pertolongannya. Si Ayah pula turut berbangga dengan hasil kerja kedua-dua anak kesayangan beliau itu. Sebuah ciuman dihadiahkan ke pipi Si Adik dan Si Kakak. Mereka bertiga menuju ke gerai aiskrim berhampiran sementara menunggu keputusan diumumkan.

Kita tak mungkin ajar anak kita menipu secara terang-terangan tetapi dalam keghairahan kita mahu melihat anak kita berjaya, kadang-kadang seawal umurnya 5 tahun lagi kita telah dedahkan bahawa kemenangan lebih utama daripada kepuasan dan kejujuran sepanjang jalan menuju kemenangan itu sendiri.

ps - Si Adik diumumkan mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut dan menafikan budak lain yang bertanding mengikut peraturan mendapat hadiah.

pss - Si Kakak dalam cerita ini bukanlah adik perempuan kawan sekampung aku itu. Kisah alahan ubat dan perempuan perlukan banyak masa untuk diolah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Feb 2007

Demam

2 malam lepas, tetiba ja aku rasa tak sedap badan. Rasa lemah seluruh badan. Rasa sejuk menyucuk tulang. Aku baring depan TV sambil pakai jaket. Bangun sekejap gosok baju sekolah, terasa kurang sejuk sedikit. Masa nak tidur, rasa sejuk datang kembali. Apa lagi, berselimut lah aku.

Pagi semalam pulak, badan terasa berat nak bangun. Tapi anak nak ke sekolah. Bangun tetap kena bangun. Lepas hantar mereka ke sekolah, aku sambung tidur. Tak sarapan pun. Pukul 2 baru aku bangun. Tak rasa lapar pun. Biasanya aku ni 3 jam sekali mesti makan. Aku mintak mak aku masakkan maggi jer sebab tak selera nak makan nasik.

Lepas makan maggi sebungkus, aku mandi. Layan Rintihan Anak Tiri sekejap dan pergi ke klinik. Badan aku ni pulak satu hal. Bila ke klinik jer, mesti hilang semua demam dan selsema aku. Suhu 36.4. Nasib baik doktor tu baik. Tetap bagi aku MC. Selamatttt....

Aku rasa doktor tu ingat aku sesaja nak beli MC agaknya. Setahun adalah 2 kali aku MC dalam keadaan yang sama. Demam malam dan pagi, bila jumpa doktor belah petang, dah tak demam dah. Padahal aku bukan sesaja nak beli MC tu pun.

Kalau aku boleh makan panadol macam orang lain, dah lama aku telan sebijik dua panadol pada malam mula-mula rasa sejuk tu lagi. Tapi aku tak boleh. Aku alahan ubat demam. Panadol pun tak boleh. Dah 2, 3 kali aku masuk wad sebab cuba makan ubat lain yang diberi doktor bila aku cakap aku tak boleh makan panadol. Muka aku akan jadi bengkak bermula di kawasan mata. Paling teruk aku pernah kena sampai sesak nafas dan bengkak kat mata aku terlampau besar hingga nak bukak kelopak mata pun susah. 3 malam aku kena lepak kat wad HKL.

Masa aku kecik-kecik dulu, aku tak da masalah nak makan ubat ni. Semuanya bermula semasa aku di darjah enam. Masa tu, kawan aku yang juga sekampung dengan aku, ada seorang adik perempuan yang setahun lebih muda dari kami.

Dengan kata-kata "aku ini pemalu dengan perempuan", sekian sahaja buat kali ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Feb 2007

100

Sempena post aku yang ke 100 ini, aku ingin menghadiahkan semua pengunjung blog ini dengan satu tulisan yang benar-benar mantap. Mantap dari segi isi, susun kata yang tidak membosankan, kata-kata nasihat yang berguna, lawak yang boleh buat korang semua ketawa hingga mengalir air mata, kisah sedih yang menghiris kalbu, rasa rindu yang mencengkam jiwa dan rasa gundah bila aku lambat membuat "entry" seterusnya.

Aku tinggal di satu kejiranan yang masih muda lagi. Kalau tak silap, fasa pertama yang berpindah ke sini ialah pada tahun 1999. Aku sendiri mula menetap pada tahun 2001. Istimewanya taman perumahan aku ini ialah kedudukannya yang terasing dari kejiranan lain. Untuk ke Saujana Utama, aku dan ribuan yang lain perlu melalui jalan khas sejauh lebih kurang 5 km dari jalan utama Sungai Buloh - Kuala Selangor. Hanya di permulaan simpang jalan Kuala Selangor itu sahaja ada beberapa rumah kampung dan estet. Selebihnya adalah ladang kelapa sawit di sebelah kiri dan tanah terbiar serta beberapa kilang yang tidak diketahui status halal atau haram di sebelah kanan. Kalau korang pertama kali ke sana, terutamanya di malam hari, pasti korang akan tertanya-tanya, "betulker ada taman perumahan kat dalam hutan ni?". Ramai jiran yang pernah bercerita tentang saudara mara atau rakan taulan mereka yang berpatahbalik kerana merasa tidak mungkin ada taman perumahan yang jauh ke dalam hutan di negeri Selangor Maju 2005 ini. Yang peliknya, sekarang ini sedang dibina Saujana Utama 3 dan jualan rumah di situ amat menggalakkan. Saujana Utama yang asal dan Saujana Utama 2 dah lama selesai dijual 100%.

Aku rasa aku telah memberi tekanan yang maha hebat kepada diri aku sendiri pada perenggan pertama di atas. Oleh itu, aku tarik balik ayat-ayat tersebut kerana aku tak mampu nak buat entri yang mantap dan penuh dengan kriteria yang aku sendiri tetapkan itu. Aku akan tulis macam biasa jelah bermula dari perenggan berikut.

Mula-mula, sila tengok klip video ini.

Nampak kan.. dengan jelas Rosnah Mat Aris menghina Siti Khadijah.... Semua orang marah kan.. kan .. kan....

Kalau tengok klip video yang ini.. ada rasa apa-apa tak? Takda? Tak kisah? Dah biasa sangat?
Kalau orang baca Bismillah sebelum minum arak depan korang apa korang rasa? Lepas minum tu sendawa kuat-kuat, ucap Alhamdulillah pulak... takda rasa nak tumbuk muka dia?

Sebenarnya aku cuba cari klip video yang artis wanitanya lebih seksi lagi sambil mengucapkan Alhamdulillah dan sebagainya tapi tak jumpa lagi. Kalau aku jumpa, nanti aku letak linknya lain kali.

Pada yang pernah tengok anugerah-anugerah untuk artis kat Malaysia ni, rasanya korang pun dah biasa tengok dah pun artis berkemban ucap syukur atas kemenangan dia kann..

Sempena post aku yang ke 100 ini, aku ingin menghadiahkan semua pengunjung blog ini dengan satu tulisan yang benar-benar mantap. Mantap dari segi isi, susun kata yang tidak membosankan, kata-kata nasihat yang berguna, lawak yang boleh buat korang semua ketawa hingga mengalir air mata, kisah sedih yang menghiris kalbu, rasa rindu yang mencengkam jiwa dan rasa gundah bila aku lambat membuat "entry" seterusnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 Jan 2007

Penat

Kalaulah satu hari nanti aku jadi menteri pelajaran (atau pendidikan... sampai sekarang kerajaan kita masih tak tetap pendirian nak guna yang mana satu selama-lamanya), aku akan pastikan pakaian seragam sekolah sekarang diubah. Jangan risau. Aku bukan hendak membuat satu syarikat pembekal pakaian seragam sekolah yang akan memonopoli pasaran satu Malaysia ini. Aku cuma akan wajibkan baju T putih sahaja. Tak kisah sesiapa pun boleh jadi pembekalnya. Nak beli yang jenis mahal atau murah, terpulanglah pada rakyat. Yang penting, baju sekolah itu tak perlu digosok lagi macam sekarang. Selain daripada mengurangkan tenaga manusia untuk menggosok 10 pasang pakaian seragam setiap minggu untuk seorang pelajar( kalau yang sekolah pagi dan petang macam anak aku), bayangkan berapa banyak tenaga elektrik yang dapat dijimatkan.

Tapi.. aku takut, menteri tenaga pada masa tu marah kat aku pulak kot sebab TNB kurang masyukkkkkkkkkkk.

Ps.. dan kalau boleh, aku berharap PM pada masa tu benarkan pegawai kerajaan juga guna pakaian yang tak perlu digosok. Penat lah weiiii...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 Jan 2007

Anak-anak-anak-anak

Anak Sulong. 3.25 kg.

Satu hari sebelum tarikh dijangka bersalin, bini aku cakap baby dalam perot tak banyak bergerak. Kami terus ke Hospital Segamat petang itu. "Bila due date nak beranak ni?" soalan pertama yang diajukan ketika tiba di Dewan Bersalin. "Besok" jawab kami serentak. Bini aku terus diarahkan masuk wad. 3 hari kemudian selepas di "induce" kali ketiga, lahirlah anak sulong aku betul-betul di depan mata.

Anak Kedua. 4.01 kg.

Masa check-up ketika waktu jangka bersalin sangat hampir, doktor pesan "kalau selepas 10 hari selepas due date masih tak sakit lagi, awak kena masuk wad ya." Aku dan bini patuh cakap doktor. Tepat 10 hari, tak beranak-beranak juga, kami ke Dewan Bersalin Hospital Kuala Lumpur. Malam itu juga bini aku di "induce". Sakit 2, 3 jam lepas tu hilang balik. Malam esoknya, bukan takat di "induce" lagi malah dipecahkan tuban secara paksa. Aku tunggu di luar dewan bersalin. Oleh kerana no henpon aku sudah diberikan kepada jururawat, aku amik keputusan lepak dalam kereta sebab pinggang aku sakit. Lepak punya lepak, sedar-sedar dah siang. Dekat pukul 9 pagi dah. Aku gosok-gosok buang taik mata dan terus ke kedai serbaguna, beli roti dan tunjuk kat pak gad.. "Nak antar barang kejap pakcik". Masuk ke wad, bini aku dah takda kat katil. Tanya nurse, dah bersalin rupanya. Caesarian kecemasan sebab baby besar dan tak boleh keluar. Baby dah ada di wad tapi ibu masih di bilik bedah lagi. Azankan baby dan 2 jam kemudian baru bini aku balik ke wad.

Anak Ketiga. 3.95 kg.

Masa check-up ketika waktu jangka bersalin sangat hampir, doktor pesan "kalau selepas 10 hari selepas due date masih tak sakit lagi, awak kena masuk wad ya." Aku dan bini patuh cakap doktor. Tepat 10 hari, tak beranak-beranak juga, kami ke Dewan Bersalin Hospital Selayang pula. Duduk lepak di tempat menunggu dewan bersalin tu dari pukul 10 pagi sampai petang. Tunggu katil kosong baru boleh masuk wad. Aku lepak di wad sampai habis waktu melawat. Sebelum balik ke rumah, aku pesan kat bini, telepon kalau ada apa-apa perkembangan. Aku balik rumah dan tidor nyenyak ditemani 2 anak aku yang masa tu sorang umur 3 tahun 4 bulan dan sorang lagi 2 tahun 15 hari. Besok pagi, dalam pukul 9 aku dah sampai di Hospital Selayang. dan terus ke kedai serbaguna, beli roti dan tunjuk kat pak gad.. "Nak antar barang kejap pakcik". Masuk ke wad, bini aku dah takda kat katil. Tanya nurse, belum balik dari dewan bersalin. Laaaa.... terlepas lagi nak duduk sebelah. Aku keluar balik nak pergi ke dewan bersalin terjumpa nurse sorong pesakit menuju ke wad. Bini aku rupanya. Caesarian kecemasan lagi sebab baby tak boleh keluar jugak.

Anak Keempat. 3.35 kg.

Doktor terus tetapkan tarikh untuk bedah sebab dah dua kali caesarian kecemasan. 3 minggu awal dari tarikh jangkaan bersalin. 17 Januari masuk wad. Tengah malam tu kena posa. Tak da "induce-induce" lagi. Pagi 18 Januari, jam 8.30 terus dibawa ke dewan bedah. Aku sampai ke wad tepat pada masanya dan dapat iringi bini aku sampai ke ruang maksimum yang aku boleh masuk. Bila bini aku dah masuk ke dalam, aku pergi sarapan. Sejam kemudian, duduk termenung sorang-sorang di tempat menunggu. Ketika hampir terlelap, aku lihat seorang nurse sorong baby. Tak sempat dia tanya, aku dah tanya dia dulu. Sah anak aku. Nurse suruh aku ikut dia ke dewan bersalin dan tunggu di kaunter pendaftaran. Selepas sejam, baru dipanggil masuk dan azankan baby. Lepas azan, disuruh tunggu bini aku di luar wad. 12 tengahari baru bini aku sampai ke wad.

Kesimpulan

Aku tak pernah rasa kelam kabut bawa bini ke hospital untuk bersalin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Jan 2007

Anak Baru 2

Muhammad Ziyad Irfan - Yang Terpuji, Pertambahan/Kelebihan & Kebijaksanaan/Kesyukuran. Itu nama anak keempat aku tu. Kalau ada yang tak dapat teka jantina lagi.... Lelaki hehehe. Maknanya anak sulong aku yang pompuan tu sudah ada 3 orang adik lelaki.

Sekian sahaja buat kali ini.

ps... aku sudah menaip lebih setengah jam sementara tunggu kaunter JPN Kota Damansara buka balik jam 2 nanti di CC ini apabila aku terdelete semua yang aku taip tu tanpa sempat di save. Arghhh tensionnnn.....

ps2... anak aku tu bukan sahaja comel sebab ikut ibunya tetapi juga hensem sebab ikut aku hahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Jan 2007

Anak Baru

Dapat jugak nak type entri baru kat CC ni...


Alhamdulillah.. bini aku telah selamat dibelah perotnya pagi Khamis 18/1/2007 dan pada jam 9.36 pagi.. maka lahirlah.... anak aku yang ke EMPAT.


Itu sahaja yang dapat aku tulis. CC ini sudah penuh dengan anak-anak yang bersuka ria menghabiskan duit belanja sekolah yang disimpan semata-mata untuk main tembak-tembak. Kepalahotak aku yang jadi semak. Gambar anak aku dah masuk kali kelapanbelas dah ni aku try upload. Kalau korang tengok kat entri ni takda gambar, maknanya aku sudah pergi ke Hospital Sg Buloh untuk picit pipi tembamnya tanpa sempat menunggu proses upload itu berjaya. Perghhh.. ngam-ngam nak tekan publish jer keluar gambar tu hehe.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Jan 2007

Kudrat

Semalam aku main 30 minit. Rehat 25 minit. Sambung lagi 10 minit. Perghh.. letih lesu! Pagi ni... habis sakit satu badan terutamanya pusat ke bawah. Maklumlah dah lama tak main.

Minggu lepas bawak bini check-up kat Hospital Sg Buloh. Doktor terus set tarikh untuk caesarian. 21/1 kena masuk wad dan 22/1 akan dibelah perot bini aku. Sebelum ni anak kedua dan ketiga aku kepala besar. Dorang tak boleh keluar ikut pintu. Maka terpaksa bukak tingkap. Kali ni, doktor buat keputusan untuk terus keluarkan di bilik pembedahan.

Pukul 10 tadi bini aku call. Hospital Sg Buloh suruh masuk wad Rabu ni pulak. Bedah hari Khamis. Alahaiii.... lari bajet aku sebab tinggal 2 malam je lagi sebelum bini aku mula "bercuti". Ingatkan masih ada 6 malam lagi. Kalaulah aku tahu awal-awal lagi, pasti aku tak turun lawan bola petang semalam. Kudrat aku telah disalahgunakan ke tempat lain hahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...