22 Sep 2008

Selamat Beraya

Selamat Hari Raya


Maaf Zahir Batin.


Daripada penulis blog yang malas ini.

Update 6 Syawal 1429 - Gambar aku sekeluarga di pagi 1 Syawal kecuali Abang Ngah yang jadi tukang amik gambar....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Sep 2008

Aweks

Gilosss.. tak sangka aku... dah 2 bulan aku tak update blog ni. Cepatnya masa berlalu. Buka sibuk sangat pun sebenarnya.. cuma aku malas nak update jer. Nak ronda-ronda blog orang pun aku dah jarang buat dah. MALAS.

Pasal "awek yang cuba ngorat tapi tak dapat" dan tetiba menjelma depan mata aku selepas 13 tahun tak pernah jumpa tu... Aku jumpa dia tak sampai 2 minit pun. Dan paling best sekali.. nama dia aku salah sebut hahaha. Cukuplah takat tu pasal minah tu.

Ada sorang lagi bekas awek aku yang aku terjumpa baru-baru ni. Kali ni "awek yang aku cuba ngorat dan dapat" pulak. Aku nampak dia kat sebuah bank. Dia jadi officer kat situ. Tapi aku tak tegur pun. Aku ni kan pemalu so aku tak tegur lah. Yang pasti aku yakin itu dia. Dan dia pun ada tengok aku tapi takda reaksi macam kenal aku pun. Mungkin dia tak pasti aku siapa atau mungkin dia dah tak kenal aku yang dah makin hensem ni. Mungkin juga dia kenal tapi buat-buat tak kenal. Maklumlah.. dulu dia yang buang akuuuuu......

Sekarang ni cuma tinggal "awek yang susah betul aku nak ngorat tapi akhirnya jatuh hati kat aku bila aku dah bosan mengorat dia" yang masih belum ketemu sejak 19 tahun lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...