16 Sep 2009

Aku Presiden Yang Chiwi?

Ya... aku kini bergelar seorang presiden.... presiden EOCM. Tah macamana aku boleh dapat undian terbanyak tah. Tak pasal-pasal aku dapat alasan baru untuk selalu keluar malam-malam hehehe. Malam tadik telah berlangsung mesyuarat pertama. Dekat 1 pagi baru sampai rumah. Targetnya untuk buat jamuan raya exorian satu malaysia. Satu tugas berat tu... tapi kami akan cuba untuk jayakannya sebaik mungkin. Masalah utama sebenarnya.. kalau diopis, kita boleh keluarkan arahan. Tapi AJK EOCM semuanya sukarelawan (atau paksarelaan). Mana boleh main arah jer. It's about time that I need to practice all the things I've learned about communication.

Kursus seminggu di PD mengenai Leadership and Organisation Management (LOM) 2 bulan yang lepas penuh dengan aspek human management. To manage human well, you must communicate well. To communicate well.... that's the hardest thing to do. Last week pulak masa PTK aku, aku pilih tajuk Komunikasi Yang Berkesan dalam pengucapan awam aku. Jadi... dengan menjadi presiden sebuah kelab yang kesemua ahlinya adalah orang yang baru aku kenali, aku memang benar-benar perlu amalkan apa yang aku belajar dan apa yang aku ucapkan tu.

Ni apahal macam skema jer tulisan aku je ni.... inilah akibatnya kalau pandai-pandai mintak url blog budak kat opis aku.... bila dia tak bagi, aku mintak jugak... akhrinya dia bagi.... sekarang ni bila dia mintak url blog aku... tak pasal-pasal aku kena tulis serius sikit.. aku kan sama level dengan bos kecik dia hehehe. Ermm term.. bos kecik tu macam pernah aku tulis kat blog ni.. tapi kat entri mana tah.... yang aku ingat aku punya entri ada bos kecik, bos besar. Malas nak cari.

Apa-apa pun.. singgahlah ke blog budak opis aku ni. Dia tengah rajin menulis tu.. dalam 2 bulan ni hampir setiap hari dia tulis. Orang tengah chiwi lah katakan haha. Sila klik kat sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Sep 2009

Sibuk PTK

Aku dah ada Streamx kat umah... tapi sayangnya aku tengah sibuk dengan PTK TK3 aku... Selasa lepas dapat soalan tugasan. Isnin depan mula penilaian selama seminggu pulak. Jadi aku tak dapat nak update selalu blog ni macam yang dah berbulan-bulan aku amalkan ni hehehehe.


Errr.. adakah selepas habis PTK ini.. aku akan rajin update blog ni??? Macam tak jer hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...