16 Dec 2010

Kaya Bangang

Aku tak paham. Lighter aku dirampas semasa hendak memasuki stadium. Aku nampak ada anak kecil diminta membuang botol air minuman yang dipegang. Beg plastik yang aku bawa turut diperiksa. Semua ini atas alasan faktor keselamatan. TETAPI.... mengapa ada air minuman dalam botol yang dijual dalam stadium? Siapa yang benarkan mereka jual benda "terlarang" ni? Atau soalan yang mungkin lebih tepat.... Siapa yang makan rasuah burger sebiji dan air sebotol lantas membenarkan air dalam botol ini dibawa masuk ke dalam stadium? Dan siapa pulak yang dapat habuan semasa mercun diselinap masuk?

Sekarang ni kita sedang bergembira atas kejayaan Malaysia menewaskan Vietnam 2-0 malam tadi. Andai kata... botol yang dibaling ke pembantu pengadil (atau lebih dikenali sebagai penjaga garisan) tepat mengenai kepala beliau, aku rasa... bukan setakat perlawanan akan dibatalkan.. malah Malaysia mungkin akan digantung dari menjadi tuan rumah perlawanan bolasepak antarabangsa untuk seketika. Mujur dalam banyak-banyak botol yang dilempar, hanya satu yang terkena bahu pembantu pengadil tersebut. Entah apa yang dimarahkan sangat pada tukang jaga garisan sambil memegang bendera itu.. entahlah.

Orang Malaysia ni pelik.... marahkan pengadil - baling botol air, marahkan tukang pegang bendera atas garisan - baling botol air, marahkan pemain Vietnam takek kaki pemain Malaysia - baling botol air, marahkan pemain sendiri terlepas tahan bola - baling botol air....... MALAYSIA JARINGKAN GOL................ BALING BOTOL AIR JUGAK!!!!! Air tu bukan murah wei.... RM2-RM3 sebotol.... kaya betul dorang ni..... dah lah kaya.. bangang pulak tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Nov 2010

Hong Kong - Rumusan

Budak-budak kat opis aku ni tak puas hati dengan aku sebab dorang hanya dapat satu sahaja cenderahati yang bawak balik dari Hong Kong. Masalahnya, kalau aku bagi kat seorang.. nanti yang lain pun nak kena bagi juga. Kalau semua nak kena bagi tambahan cenderahati, akan berkurang pulak orang yang dapat menikmati hadiah aku. OK lah... oleh kerana aku ni seorang yang berhati lembut, aku akan berikan tambahan sebijik keychain pada pembaca bertuah. Syarat-syarat yang melayakkan anda mendapat keychain akan dinyatakan dalam posting ini. Silalah baca dengan teliti.

Posting aku kali ini masih lagi berkisar tentang peluang aku menghadiri kursus "Leadership in Action" di Hong Kong baru-baru ini. Kalau anda sudah muak.... lantaklah... aku nak tulis jugak.

1. Kandungan dan Pengisian Kursus

Sangat bagus.... hinggakan aku rasa macam nak berhenti dari kerja aku sekarang dan cari kerja yang lebih mencabar hehehe. Secara ringkasnya apa yang diajar mengikut susunan kursus adalah:-

i) Vision - key elements in creating vision - menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia pada 2010 bukanlah sebuah vision yang bagus hehehe. - vision should be clear, concrete, measureable, realistic etc but the most important thing about vision is that it must be fully understood by all of us. All of us must appreciate the importants of achieving that vision. We as leader, must have a vision that INSPIRE everyone under our leadership, visions that are felt as their own and not imposed to them. Itu yang susah tu... how to inspire people??? Case study pertama untuk kursus ni adalah mengenai MD wanita dan rakyat tempatan pertama di Motorola Penang bernama S.K. Ko. Sebab vision dia nilah.. Motorola Penang masih kekal relevan di pandangan Motorola US. Dia dah nampak kalau fungsi Motorola Penang tidak berubah, bila-bila masa kilang gergasi telefon bimbit itu akan ditutup dengan wujudnya lebih banyak kilang di negara lain yang lebih murah kos buruhnya.

ii) Leading Change - satu perkara yang senang disebut tapi amat sukar dilaksanakan lebih-lebih lagi dalam suasana kerja aku sekarang. As a matter of fact... nak implement kat diri sendiri pun sangat sukar sekali! Kita ni dah terlalu biasa dengan status quo dan amat takut membuat perubahan. Kita dah biasa buat kerja macam ni.. so nak buat apa nak tukar? Why must we fix something that is not broken? People will never change unless they can see the need. Tapi selalunya.. walaupun kita nampak... kita tetap tak nak berubah. Secara ringkasnya... untuk berubah diterangkan ada 3 langkah.... See the need, make the move and reinforce to the finish. Case study yang dibincangkan adalah mengenai penggabungan Renault dengan Nissan. Penggabungan ini telah berjaya menyelamatkan Nissan daripada jatuh tersembam dan bungkus terus. Orang yang bertanggungjawab mengubah (change) Nissan adalah Charles Ghosn. Masa dok baca case study ni, aku dok teringat pasal Proton hehehe. The negative sides of me will always say that even Ghosn can never change the culture in Proton. Reason? Malas aku nak tulis sebab nanti akan ada yang kata aku ni pembangkang hahahaha.....

iii) Appreciating Diversity - Siapa yang nak keychain tambahan tu jangan lupa baca sampai habis posting ni ya. Perkara pertama yang anda kena tulis di ruang komen ialah.. "saya sayang lan rambai" hahaha. - Manusia ni ada macam-macam ragam dan perangai. Kami telah diberi ujian Myers-Briggs. Entah kali keberapa tah aku buat test ni.. tak ingat aku but the result still the same lah. I am still an ISTP person. I am still not in a majority group. Most people are either ESTJ or ISTJ. Yang pasti, wether ESTP, ESTJ, INTP etc... we are all not perfect, we have our own specialities and at the same time we are weak at other areas.... good leader musts recognise that in people they are leading and use them wisely.

iv) Effectively Influencing Others - ada dalam nota aku tapi apahal aku tak ingat langsung pasal benda ni ek? Aku terlelap kot masa ni hehehe. Yang pasti.... influence yang selalu diberi pada yang lain adalah yang negatif je kan kan kan. yang positif tak ikut pun!

v) Delegations - orang kita memang selalu delegate kerja tapi kita selalu lupa... lu memang patut delegate kerja tapi the accountability still lu punya jugak lah! Bukannya... kalau budak yang lu bagi kerja tu buat silap.. lu pulak yang belasah dia masa dalam meeting dengan lu punya boss! Benda delegate ni memang sukar sikit untuk aku amalkan. Biasanya siapa yang dok bawah aku tak banyak kerja.. sebab aku tak gheti bagi orang kerja. Maybe sebab I don't trust them can do the work as I am.... benda ni aku kena sangat2 ubah. Kalau tak... aku sendiri yang letih dan yang kat bawah aku pulak takkan belajar apa-apa.

vi) Coaching - aku ingatkan dalam sukan jer ada coach. Nak jadi leader pun kena coach orang jugak rupanya. Ok untuk dapat tambahan keychain.. sila jawab kemoshkilan berikut - Tiger Woods adalah pemain terbaik dunia.. jadi kenapa dia masih perlukan seorang coach? Seorang pemain tenis no. 1 dunia macam Nadal sekarang.. kenapa pakcik dia masih kekal jadi coach dia? Bukankah mereka ni yang terbaik dalam bidang mereka? Jadi kenapa kena ada coach pulak yang sudah semestinya tidak sebagus dorang?

vii) Talent Management - agak-agaknya kalau aku mintak transfer ke tempat lain.. ada tak yang akan buat exit interview dengan aku ek? Agak-agak ada tak yang ambil berat nak tahu kenapa aku mintak transfer? kalaulah takder... maybe sebab takder yang peduli atau memang aku sepatutnya dah lama mintak tukar hehehehe. Perkara terakhir yang nak kena nyatakan dalam komen anda ialah.. sila berlakon sebagai bos aku.... kalau aku mintak transfer.. adakah anda akan gembira dan sangat suka mendengarnya ATAU anda akan memanggil si Lan Rambai ni dan selidik kenapa dia mintak transfer dari kekal menjadi anak buah anda? Untuk membantu anda.. mungkin anda boleh google sendiri "why are we losing all our good people" hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Nov 2010

Hong Kong Hari 6 & 7

Semalam aku tak sempat nak update... kelas habis pukul 3 terus ke Wan Chai. Lepas tu naik feri... lepas tu tengok light & sound show... lepas tu beli barang sikit... lepas tu balik hotel kemas beg... lepas tu keluar balik ke temple street market nak beli mangga kunci... lepas tu balik hotel dah lebih pukul 11... skype dengan bini sampai dekat pukul 12... (anak aku tak bagi chance langsung nak menggatal dengan bini pakai skype... tak pernah sekali pun dapat peluang skype tanpa dorang hahaha). Lepas skype, betulkan balik susunan dalam beg setelah mendengar nasihat bini aku supaya magnet fridge yang korang nak tu tak pecah.

Sekarang ni aku kat lounge... naik business class dapat gi lounge hehehe... dapat makan free. Kat sini bukan MAS punya lounge macam kat KLIA tapi campur-campur dengan airlines lain. Masuk-masuk jer... do you like any alcoholic drinks sir?... Hmmmmmmmm... Mujur kat sini ada menu vegetarian food. Kalau tak.. takat minum air jus jelah. Baru lepas makan nasi goreng seafood. Tak sabar nak tunggu sampai rumah... dah dekat seminggu makan dikelilingi babi kat sini... babi tu benda yang dorang makan lahh... bukannya maksud aku yang makan tu babi hehehe. Kat buffet lunch masa kursus... itik gantung, pork knuckle, pork itu, pork ini.... tiap-tiap hari dimakan oleh coursemate kat kerusi sebelah. Tekak kena kuatlah duduk kat Hong Kong ni. Hidung pun kena kuat gak... aku perasan kat HK ni ada "bau" HK yang aku tak pernah bau kat KL. Mungkin kat petaling street ada kot bau tu tapi aku dah berabad tak pergi situ.. jadi bau dia aku tak ingat.

Alamakkk.. aku baru teringat ahhh... lom solat lagik.... nak gi carik penjuru mana yang sesuai utk bentang sejadah ahh. Flight jangka sampai kat KLIA 6.20... takut delay ke apa ker... lupa ker... kena stop sini dan nantikan entri summary kepergian aku ke Hong Kong ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Nov 2010

Hong Kong Hari 5

Jalan kaki 2 jam sekitar wanchai carik masjid hongkong tapi tak jumpa... kuil buddha dengan sikh temple jer yang aku jumpa. Kelab malam banyak ahh kat situ. Petang besok nak pergi balik situ dengan kawan aku. tadik jalan sorang-sorang lepas kelas sebab kawan aku nak balik terus ke hotel. Aku tak bawak peta pun.. main belasah jer jalan ikut suka.....

Itu sahaja update aku malam ni. Penat. Rasa macam lebih 10km total aku jalan kaki hari ni. Tapi dah cover balik dengan kebab kambing berharga HKD45.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Nov 2010

Hong Kong Hari 4

Malam ni aku pergi Temple Street Market (TSM) pulak. Keadaan yang jauh berbeza dengan Ladies Market (LM). Kat sini penjualnya ramai yang dah tua-tua. Kalau di LM penjualnya sangat ganas sampai kita naik malas nak bukak mulut tanya harga, kat TSM pulak... dorang macam buat tatau jer walaupun kita dah belek baju2 kat gerai tu selama 2 minit. Ada yang tengah makan.. dan ramai yang tengah bergayut kat henpon. Rasa macam dorang bergayut sesama sendiri jer. Kat TSM ni, harga barang banyak yang dah diletak pada baju/barang yang dijual. Bila kita tanya berapa harga dia akan tunjuk kat harga yang ada kat situ. Bila sebut diskaun... daripada HKD98 jadi HKD90 jer. Bila kita letak balik, dorang sambung balik apa yang dorang tengah buat tadi. Macam tak kisah pun tak dapat jual barang tu. Nak beli...beli.. tak nak beli sudah. Rasanya kat sini tak dapat harga semurah macam kat LM lah. Tak boleh nak tawar harga gila-gila. Jadi aku tak beli apa-apa pun kat TSM tadi.

Tak banyak benda menarik aku nak cerita malam ni. Tak banyak tempat pun yang aku explore kat HK ni. Kawan aku ada yang email cakap macam confuse jer aku ni betul ke ada kat Hong Kong sebab pada gambar-gambar yang aku letak kat FB aku, dia cakap macam kat Petaling Street jer. Memang pun macam tu. Pusat Islam kat Wan Chai yang ada kedai makanan halal yang wajib dikunjungi oleh pengunjung dari Malaysia pun aku tak pergi lagi. Nak ke situ, kena naik tren di laluan lain. Besok petang aku nak ke sana lah... nak ajak kawan aku pergi situ jugak. Nak rasa makan dimsum halal. Kat Malaysia pun ada ker dimsum yang halal? Masalahnya... makanan yang aku bawa banyak lagi lah. Rasa macam baru makan separuh jer bekalan yang dibawa. Beras yang aku bawak tak usik pun lagi sebab kawan aku bawak beras mati. Guna sikit dah cukup untuk kami berdua makan.

Sebagai penutup malam ni... aku nak bagitau salah seorang mamat arab yang hadir kursus ni selamba jer makan daging masa makan tengahari. Ada ke mazhab yang kata makan daging tak sembelih ni halal ek? Moskel aku. Nak tanya kat dia rasa tak sedap lah pulak. Mamat ni anak diplomat arab saudi. Dia dah biasa duduk macam-macam negara. Mungkin dia ingat undang-undang Islam hanya untuk negara dia je kot. Yang sorang lagi... baru hari ni dok sibuk tanya aku kiblat arah mana. Siap bukak peta sebab nak pastikan kiblat di hotel dia tinggal arah mana. Aku syak dia tanya kiblat sebab bini dia baru sampai dari Arab Saudi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Nov 2010

Hong Kong Hari 3

Letihnya hari ni. Rasa macam banyak sangat benda nak kena serap dan kena keluarkan idea selama 7 jam. Banyak sungguh ruang dalam otak aku yang kena cas sepanjang kelas siang tadi. Hari ni yang ajar orang lain... jadi cara dia tak sama macam semalam. Dahler case study yang diberi aku tak baca. Segan pulak rasanya dengan mamat jepun yang jadi member grup aku hari ni. Oh ya.. hari ni semua orang tukar tempat duduk. Grup aku satu jepun, satu korea, satu indon dan satu melayu. Malam ni sebelum tidur kena baca case study untuk esok pulak. Tak nak memalukan diri lagi macam tadi hehe. Oh ya... jepun ni pandai cakap english siott.. susah nak jumpa pandai english ni. Tapi bab menulis.. hampeh... eja listener pun tak tahu. AKu rampas marker dari dia dan betulkan ejaan tu. Bila time tulis positif.... mamat korea tu pulak rampas pen dari aku.. aku eja positif ikut ejaan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia! Inilah akibatnya bila kita ingat kita akan jadi negara maju dengan memelayukan bahasa orang lain walaupun kita dah memang ada perkataan yang sama dalam bahasa asal kita. Mamat korea ni kerja company Australia tapi based kat Korea. Yang jepun tadik kerja kat jepun dengan company US.. memang patut dorang pandai cakap english.


Orang Hong Kong ni memang confirm kasar dan bodoh. Dah tau tempat tu jadi tumpuan orang luar.. perangai macam hampeh. Malam ni aku pergi ladies market. Bayangkan... magnet peti ais yang macam aku beli semalam... dorang bukak harga HKD29/sekeping. Aku beli HKD7/sekeping jer kat tempat yang tak banyak gerai dekat-dekat hotel ni. Tapi... sekali tawar jer terus turun jadi HKD20... kita nak beredar jer terus turun sampai bagi HKD10... Kita mintak HKD7 dia buat-buat marah tapi akhirnya bagi jugak dengan harga tu. Aparaaaa.... punyalah teruk... daripada HKD29 jadi HKD7 jer. 1/4 jer daripada harga asal yang disebut. Pakai main tarik jer tangan kita pulak tu. Nasib baik aku pakai long sleeve malam ni... selamatttt.


Malam ni aku beli key chain pulak... beza harga yang dibukak dengan harga yang berjaya ditawar lebih kurang macam beza harga magnet yang aku terangkan tadik. Kalau aku tak baca dulu pasal perangai dorang ni sebelum aku ke sini.. gerenti aku akan kena tipu dengan dorang ni. Aku ni bukan jenis pandai tawar-tawar harga. Aku kata orang Hong Kong ni bodoh sebab perangai dorang ni buat kita jadi takut nak tanya berapa harga barang yang dorang jual. Dia punya paksa kita beli macamlah kita ni wajib beli kat dia. Akhirnya terpaksa guna taktik tanya harga di satu gerai tetapi beli di gerai lain. Masa kita belah dari gerai yang pertama, dorang akan jerit harga yang murah untuk benda tu... lepas tu pergi gerai lain tanya harga benda yang sama. Dia akan bukak harga tinggi jugak tetapi kita dah ada benchmark berapa banyak kita nak tawar berdasarkan kepada harga termurah yang dijerit oleh amoi gerai pertama tadi. Kalau harga dia bukak HKD300 dan harga jeritan gerai pertama tadi HKD100, jadi kita mulakan tawar HKD80. Kalau dapat beli dengan harga HKD100 sama dengan jeritan pun kira ok apa. Tapi biasanya akan dapat murah lagi dari jeritan tadik.



Seperti biasa... kalau nak tengok gambar yang lagi banyak kena tengok kat facebook aku lah. Tapi hari ni tak banyak amik pun sebab pergi ladies market jer. Serabut betul tempat tu. Mungkin sebab public transport bagus kat sini maka dorang banyak berjalan kaki antara stesen MTR ke tempat yang nak dituju.. maka jadi ramai ahh orang jalan sana-sini. Yang aku perasan.. kat Hong Kong ni tak ramai orang gemuk lah. Rasanya sebab banyak berjalan agaknya. Jadi... salah satu benda yang aku perhatikan kat sini ialah... kalau nak kurangkan berat badan orang Kuala Lumpur... kena ada public transport yang baik supaya orang macam aku tak payah bawak keta gi kerja sambil makan roti. Dalam MTR mana boleh makan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Nov 2010

Hong Kong Hari 2

Hari ni dimulakan dengan kelam kabut. Janji dengan kawan aku 7.30 kat lobi.. pukul 7.24 baru aku terdengar bunyik alarm kat henpon aku. Rupanya lagu utk alarm sedia ada kat henpon baru aku ni adalah lagu utk menyedapkan tidur... slow nak mampus. Mujur aku ni jenis cepat siap.. 7.40 dah ada kat bawah. Bawak makanan banyak untuk sarapan... sudahnya aku sempat cekau 3 pek biskut. Itu jelah sarapan aku. Tadik aku dah tukar alarm guna lagu rock.

Sampai tempat kursus 8.15 pagi. Semuanya 15 orang yang hadir kursus ni. Ada pegawai Bank Negara rupanya yang join sekali. Dapatlah sembang cakap melayu dengan cina kat sini hehehe. Jadi dari Malaysia 3 orang. Orang Indon ada 2 orang, orang Arab Saudi ada 3 orang, Jepun betul 2 orang, datang dari Jepun tapi Mat Saleh ada sorang. Minah Saleh US ada sorang. Filipino sorang, Korean sorang dan cina Hong Kong tapi kerja kat China ada sorang. Ada signage tulis "Tolong jangan duduk dengan orang yang anda kenal". Grup aku, sorang Arab, sorang cina, sorang mat salleh tinggal kat jepun dan sorang melayu dari Malaysia. Yang tukang ajar pulak mat saleh dari US dan Urusetia amoi hong kong.

Kalau nak cerita pasal kursus... bazir masa aku type je kat sini.. korang pergilah mana-mana kursus pun.. lebih kurang sama jelahh.. cuma.. kali ni aku dapat dengar cerita dan masalah-masalah dari perspektif internasional ahh... dah grup pun multi national.... masalahnya pun multi besar ahh jugak. Mat salleh duduk jepun tu pernah berhenti kerja sebagai software engineer dan naik basikal dari UK sampai Jepun. Sampai kat jepun dia jadik cikgu english. Dia bosan tengok PC lama-lama... aku syak dia tak ada akaun facebook macam korang. Kat tempat kerja dia sekarang ada 4 orang staff yang langsung tatau cakap english walau sepatah pun... sebijik macam drebar teksi yang naik dari airport semalam. Kita bagitau nak pergi mana.. dia call kawan dia dan suruh cakap dengan kawan dia tu. Lepas tu dia amik balik henpon untuk dengar kawan dia cakap cina dengan dia. Masalah komunikasi tu.

Masalah utama kat Hong Kong ni ialah nak makanlah kan. Lunch tadik kami dibawa ke Conrad Hotel kat sebelah. Aku belasah jelah apa yang ada kat situ.... dah lapar kan. Daging panggang dia punya menarik aku tengok.. tapi teringat aku kat Hong Kong... terus tak jadik nak mintak sepotong. Mula-mula makan buah dulu.... lepas tu nampak member aku makan nasik beriani udang. Apa lagi.. aku pun sepantas kilat ah carik. Rupanya bukan beriani udang tapi beriani kosong jer. Udang tu amik kat tempat seafood.. udang tu udang rebus. Kalau kat KL dok sibuk pasal restoran kat hotel halal ke tak.... kat sini... belasah jelah seafood yang ada. Tapi aku hati2 jugak. Mamat Indon (muslim) tu tak amik daging tapi selamba jer dia makan salmon with champagne sauce. Rupanya dia jenis kencing pun tak istinjak hehehe. Camna aku tau dia tak istinjak... aku tengok dia kencing tak basuh lah kat urinal.

Makan malam aku makan kat bilik kawan aku. Dia bawak rice cooker yang sangat comel. Sedap sungguh serunding rupanya.... kari ayam Berahim pun lazat gila.... Rewind sikit.. malam semalam kami makan kat kedai sebab on da way balik hotel ternampak kedai ada logo halal. Kedai New Delhi. Ada halal tapi jual arak! Sebab aku memang dah tahu pasal halal tapi ada arak ni... aku belasah jelah... makan beriani udang. HKD72 sepinggan. Nasib baik mintak yang mild.. kalau mintak yang spicy.. aku tatau ahh boleh makan ke tak... mild pun pedas. Pedas dia lain macam ahhh tapi puas hati sebab udang banyak. Lepas ni tak makan kat kedai dah... nanti tak cukup duit nak beli key chain dan magnet peti ais nak bagi kat korang pulak.

Pasal magnet peti ais... tadik aku dah jumpa perangai orang Hong Kong yang sangat bodoh. Gerai tu berdepan. Aku nak tengok2 jer. Aku pergi gerai kiri, kawan aku pergi belah kanan. Sambil cakap dengan aku, dia tarik tangan kawan aku suruh tengok gerai dia jugak. Tapi kawan aku tak pergi kat gerai dia. Kawan aku pegang magnet kat gerai depan tu... aku pun tanya ahh magnet kat gerai minah bodoh tu berapa. Tanda harga tunjuk HKD10 tapi sebab kawan awak tak nak datang sini saya bagi HKD7. Pulakkk... aku pun bagitau ahhh kat kawan aku kat situ murah... dia tak bagi kawan aku tengok... dia kata dia nak jual kat aku jer. Kawan aku tak boleh beli dengan dia. Bangang punya nyonya! Rupa-rupanya............... dia ada niat nak tipu aku. Aku nak beli 50... nyonya tu buat-buat baik masukkan dalam plastik dan kata bagi extra 2.... tapi ada satu longgok yang aku dah pilih dia tak masukkan... aku suruh dia kira balik... oohhh... longgok ni pun sekali lahh.. kata nyonya tu. Kena hati2 sebab dorang sengaja buat2 salah kira dan "terletakkan" benda yang kita beli kat luar beg plastik. Nak tipu orang punya pasal... last2 dia yang hampir bagi aku extra 10 keping. Aku kira dalam hati dah cukup 50 tapi dia dok masukkan lagi... dalam hati aku memang nak belasah jer amik extra 10 keping tu sebab dia memang cuba nak tipu aku.. biar dia pening masa nak tutup akaun dia untuk malam ni. Tetiba dia kira balik... hehehe.. kali ni dia bagi jumlah yang betul sebab dah kantoi.

Kalau korang nak tengok gambar.. sila tengok kat facebook aku. Malas nak upload kat blog ni lah. Kat FB senang. Kalau ada yang belum jadi friend aku kat FB.. silalah add aku sebagai friend dan letakkan message... saya ingin sangat berkawan dengan en lanrambai sebab saya nak tengok gambar en lanrambai dengan Jacky Chan. Aku akan accept seberapa cepat yang mungkin.

Orait. Habis bab 2. See you in bab 3 esok. Babaiii... eh baru teringat... tadik aku jumpa kasut murah.. dalam RM20 jer... tapi tak jadi nak belek sebab brand kasut tu BABILA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Nov 2010

Hong Kong Hari 1

6 pagi dah bertolak dari rumah. Tak larat nak mengarang. Korang tengok jelah gambar-gambar yang tak ikut susunan ni.






















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Semak

1. Paspot - dah buat 2 minggu lepas dan dah dimasukkan dalam beg notebook.
2. E-ticket - dah dimasukkan dalam beg notebook...business class tuhhhhhhh.
3. Tempahan bilik Nathan Hotel Hong Kong - dah print dan dimasukkan dalam beg notebook.
4. Baucer pembayaran yuran kursus - dah dimasukkan dalam beg notebook
5. Nota kursus yang baru sampai dari Hong Kong hari khamis lepas - ditto
6. Mee segera 6 bungkus - dah dimasukkan dalam beg besar
7. Beras sekilo, roti sebungkus, makanan dalam tin - ditto
8. Pakaian - ditto
9. Jaket - dah gantung kat tangga
10. Cara-cara instinjak dengan kertas - dah baca dan kena sediakan mental untuk amalkan kat sana
11. Waktu solat - dah semak - syuruk 6.30, maghrib 5.45
12. Cuaca - diramalkan sejuk macam kat genting
13. Niat untuk update blog setiap hari - harapnya sempatlah dan tak banyak assignment yang nak kena buat.
14. SMS tukang hantar ke KLIA - dah sms semalam
15. Install skype dan ajar bini cara nak guna - dah buat tapi microphone jack macam ada problem jer - bunyi bising tapi boleh lagi dengar percakapan.
16. Tidur awal sebab nak kena bangun awal esok pagi - gagal!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Nov 2010

Ulasan Nokia C7

Sangatttttttt besttttttt.... bagi seseorang yang telah menggunakan Sony Ericson K530i selama lebih 3 tahun. Itu sahaja ulasan aku.

Kalau tak paham dengan ulasan ringkas ni.... ibaratkan ko dah biasa bawak Kancil selama 3 tahun lebih.. ko trade-in kancil tu dan bawak balik keta yang 3 kali ganda lebih mahal harganya.

Kalau tak paham jugak sebab tak pandai guna signal masa memandu.... jom ikut aku ke Hong Kong hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 Oct 2010

Sabarlah Sayang

Hong Kong...

Sabarlah ya... lagi 10 hari I sampai. Jangan gi mana-mana tau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Oct 2010

IFF Fitnah Politik?

Semasa mula-mula sekali aku baca kat FB pasal Islamic Fashion Festival dengan gambar-gambar yang tak mencerminkan Islam langsung, aku rasa sangsi. Biar betul ni. Takkan lah ada yang sanggup meletakkan kedudukan Islam sebegitu rendah sekali? Lebai google digunakan untuk mencari jawapan. Ternyata yang aku dapat dari lebai google sungguh jauh berbeza dengan yang dipaparkan. Kali ni.. hati aku terdetik.. ishkkk... takkan ada yang sanggup buat fitnah sebegini dahsyat pulak. Tidak berpuas hati.. aku tambahkan penyelidikan sebab perkara ini bukan sahaja dipaparkan di blog-blog peribadi tetapi dijadikan berita di malaysiakini dan harakahdaily. Akhirnya... aku berjaya menjumpai video acara IFF yang memalukan itu.

Tidak mungkin ada yang begitu pakar hingga mampu membuat video palsu yang sebegitu nyata menunjukkan kehanyiran acara itu. Kalau setakat gambar foto pegun, aku boleh percaya lagi kalau ada yang mengatakan gambar tersebut telah di"photoshop"kan. Tapi ini video.... TIDAK MUNGKIN.

Aku tetap dengan pendirian tidak mahu memaklumkan atau memberikan link kepada video tersebut seperti yang dinyatakan dalam FB aku siang tadi. Cukuplah sekadar dengan link berikut bagi menguatkan pendapat aku... kisah IFF yang memalukan ini bukannya satu fitnah politik. Ia adalah kisah benar penghinaan terhadap Islam!

Islamic fashion on Monaco's
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Oct 2010

Bini aku tak suka coli

Aku dah tengok video Islamic Fashion Festival tu.... patut ahh cukai pakaian dalam dikurangkan (ke dimasuhkan terus ek?)... model "pakaian yang islamik" tu semuanya tak mampu beli coli!


Aku sengaja pilih perkataan "coli" sebab bini aku tak suka sebutan coli tu hahaha. Dekat-dekat dengan geli katanya.

ps - aku tak letakkan video catwalk tanpa coli tu kat sini atau di FB aku sebab tak mo ada saham edarkan video pompuan tak pakai coli.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Oct 2010

Siaran Ulangan Yang Sangat Perlu Ditonton

Korang selalu tengok TV via Astro kan? Kat Astro banyak saluran 24 jam kan? Saluran tu boleh on 24 jam sebab banyak rancangan yang diulang siaran kan? Jadi... aku pun nak ulang siaran jugak lah.. berikut adalah hasil copy dan paste dari entry aku bertarikh 8 jun 2006... selamat tengok siaran ulangan hehehe.


Korang ingat tak bila kali pertama korang jumpa bini/laki/awek/balak/kekasih/janda/duda korang? Aku? Mestilah aku ingat.. kalau tak, takkan aku tanya soalan tu. Tarikhnya 20 Oktober 1995. Ya… dah hampir 11 tahun aku kenal bini aku. Macamana aku jumpa dia? Ermmmm.. kisahnya begini…..

Pada suatu masa dahulu…. Aku cuba nak ngorat budak junior aku... tapi….ngoratan aku gagal sepanjang aku study dulu. Namun, masa aku dah kerja kat KL dan dia masih belajar kat JB, aku yang gigih berusaha ini tetap cuba nak ngorat dia. Manalah tau.. bila dah ada kerja ni.. baru dia nak terima aku. Masa aku study dulu… nak makan nasik pun selalu duit tak cukup…. nak belanja dia makan.. ermm jauh sekalilah. Aku cuma gunakan kata-kata aku dan kehenseman aku jer untuk ngorat minah tu. Moga-moga berkat titik peluh aku sendiri ni akan membuka pintu hati S untuk menerima diri ini…. chewah.. macam novel remaja lak entry aku kali ni.
Sampai sekarang aku tak tahu adakah dia pernah menerima ngoratan aku tu… Sebabnya…. Kalau aku telepon dia…. Asyik aku jelah yang bercakap.. dia cuma ah..ah..ah jer…. Bukan arghhhh..arghhhh..arghhh ya! TETIBA…… dengan takder apa-apa petanda atau petunjuk.. dia call aku… buat pertama kalinya dalam hidup dia, dia call aku!!! Warghhh.. bestnyaaaaaaaaaaa. Kalaulah dia suruh aku turun JB jumpa dia pada masa tu… gerenti akan aku tinggalkan kerja aku serta merta dan terus menuju ke Puduraya untuk menemui dirinya… masa tu mana ada kereta lagi.. takkan nak naik EX5 sampai JB?. Rupa-rupanya….. dia nak mintak tolong carikan maklumat untuk tugasan dia. Ermmm.. takpelah.. maknanya ada jugak guna aku pada dia… Aku janji untuk tolong carikan maklumat tu dan memaklumkan bahawa aku sendiri akan menghantar benda alah tu guna tangan aku. Dia suruh guna tangan Pos Malaysia jer.. tapi aku tetap dengan pendirianku. Tangan Pos Malaysia tak best kata aku. Sukahati awaklah.. jawab dia sambil ketawa manja.

Selidik punya selidik… dapatlah aku jumpa sumber maklumat yang dikehendaki tu. Petang itu…. ya petang dua puluh haribulan Oktober sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh lima yang bersejarah itu… aku bersama Mok yang sedang membuat praktikal di firma tempat aku kerja, beriringan menuju ke Melawati dari Subang Jaya menggunakan motor cub kami. Aku naik EX5 aku… dia bawak EX5 dia. Hujan lebat tak diendahkan sebab aku pakai baju hujan. Si Mok malu nak pakai baju hujan.. tak macho katanya… (percayalah.. ada yang anggap lepak bawah jambatan semasa hujan adalah lebih jantan daripada memakai baju hujan!!) Sebenarnya hujan tak ler lebat sangat pun.. jadi si Mok ni takder lah ajak aku lepak bawah jambatan petang tu. Sampai kat Setapak.. dia gelakkan aku sebab kat Setapak panas terik. Aku sorang jer yang bawak motor pakai baju hujan…. Masa ni aku pulak yang terasa bengong tapi tak kuasa aku nak berenti semata-mata untuk bukak baju hujan tu…. Kalau tetiba hujan balik, nak kena berenti lagik.

Selepas bermotosikal secara bersaing-saing dan sesekali membuat pacak..(hat ni aku tambah cerita sebab aku tak pernah berani nak buat aksi giler sebegitu) akhirnya.. lebih kurang jam 7 malam, kami selamat sampai di pejabat kawan Mok. Kawan Mok ni lah yang menjadi sumber kepada maklumat yang aku carik tu. Lupa nak cakap pulak tadi, Mok juga perlukan maklumat yang sama seperti minah yang bernama S tadik. Dah tak ingat sapa S pulak? Gi baca dari mula balik ekekeke.

Rupa-rupanya kawan Mokh ni perempuan… “Kenalkan.. ni Emy…. ni Lanrambai”. Entah kenapa…. Hati ini terasa seperti disentuh semasa aku pertama kali menatap wajah itu. Rasa berdebar yang amat sangat. Macam pernah aku rasa sebelum ni.. tapi di mana ya? Ohh…. Aku letakkan hujung jariku di leher dan aku membilang jumlah denyutan nadiku selama seminit… ternyata.. inilah denyutan yang paling laju pernah aku rasa. Denyutan gelabah dan gumbira tak tahu kenapa. Adakah disebabkan oleh senyumanmu wahai kawan Mok? Sungguh manis sekali senyumanmu kala itu kurasakan. Keceriaanku sejak pagi kerana berjaya mencari maklumat yang dikehendaki S tiba-tiba bertukar dengan keterpesonaan aku menatap wajah mu Emy! Bukan setakat wajah.. malah.. langkah penuh sopan-santun dan adab tertib dirinya membuatkan aku terus melupakan S yang ada ciri-ciri ganas sedikit. (Dah jumpa yang lain baru perasan S tu ganas hahahaha) “Woi! Hang nak ke tak nak ni?” Terkezuttt aku diterjah si Mok. Mestilah nak.. takkan datang jauh-jauh tak ambil pulak dokumen tu. Lagipun aku telah berjanji dengan seorang rakan lain untuk ke JB pada malam itu jugak. Dah kebetulan dia nak ke JB jumpa awek dia, aku nak tumpang lah.

Kami melangkah pergi meninggalkan pejabat kawan Mok tu. Semasa sedang memakai helmet… Mok usik aku suruh ngorat kawan dia tu. Aku cuma senyum jer… senyum malu ahhhhh. Dah siap nak merempit balik, kami menuju ke destinasi masing-masing. Mok balik ke Shah Alam. Aku terus ke Pandan. Kepalahotak aku dok menayang kembali senyuman si Emy tadi. Alhamdulillah….aku selamat sampai ke Pandan 20 minit kemudian. Kat Pandan ni rumah kekawan study aku. Mamat yang aku nak tumpang tu bukan tinggal kat situ pun tapi kat situlah tempat bertemu yang dipersetujui sebab aku tak tahu rumah dia kat mana. Sementara menunggu supir aku datang… sambil menghisap rokok… “Aku jumpa awek yang bakal buat mak aku suka lah tadik Kecik… Rasa malas pulak nak gi JB ni”. Kecik hanya sengih jer dengar cakap aku tu.

Tetiba telefon rumah tu berbunyi..(ni zaman handphone hanya untuk yang kaya-raya dan tak malu nak bawak handset besor gedebuk disamping bateri spare dalam poket depan) “Lan… kereta Atuk tayar pancat lah…. Dia tak jadik gi JB”….. Tak tahu kenapa.. aku jadi gembira mendengar perkhabaran itu. Bukan aku gembira kawanku ditimpa kesusahan nak tukar tayar pada malam itu.. bukannnn…. Aku gembira kerana aku tak jadi ke JB dan hantar dokumen tu. Tetiba aku rasa…. “Ahh.. Si S ni bila nak gunakan aku barulah carik aku… selama ini dia tak pernah endahkan pun wajah tampan aku ni… lantak ko lah…malas aku nak bagi benda ni.” Sejak malam itu… aku tak pernah hubungi S lagi. Dia ada menelefon beberapa kali bertanyakan maklumat yang dia mintak tolong tu… tapi aku tipu dia hidup-hidup. Aku kata aku tak dapat hahahahaha…. Baru padan muka dia.

Alamak.. panjang lagilah cerita aku ni…. Tak larat ahhh nak tulis lagik. Lain kali sambunglah.


Pada yang pertama kali baca.... cerita ni tak pernah bersambung sampai sekarang. Pada yang dah banyak kali baca... aku harap korang bersabar sebagaimana korang bersabar tengok rancangan di Astro yang berulang-ulang tu dan tetap bayar setiap bulan hehehe.

Oh ya.. pada yang tak baca pun apa yang aku ulang siar balik ni... hari ni 20/10/2010 adalah ulangtahun pertemuan aku dengan bini aku yang ke 15 tahun.... dan ya... cinta pandang pertama itu wujud.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Oct 2010

Projek Habiskan Duit Aku

Aku tak setuju dengan cadangan pembinaan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion. Korang setuju ke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Sep 2010

Penyakit Berjangkit

Budak2 kat opis ni ramai yang tengah sakit.. berjangkit-jangkit pulak tu. Minggu lepas ada sorang dah baik.. minggu ni terus berjangkit kat sorang lagi. Setakat ni adalah 2, 3 orang yang tengah sakit. Ada yang dah nak sampai tahap kritikal dah. Lepas tahap kritikal tu nanti kena cuti 2 bulan!

Penyakit ni kalau kena kat bini aku....mmmm .... memang dia suka. Tapi kalau tak dapat bantuan aku... memang tak kan sakit ahhhhh. Nak bantu ke tak ni??? Dorang ni tak serik-serik....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Sep 2010

Heran

Heran aku... bila dah tak posa lagi ni.. aku dah mula tak reti nak tulis apa kat sini balik. Heran betul aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Sep 2010

Kod Baru SHRMZB

Kalau boleh aku nak buat kad raya dan tepek kat blog ni.. tapi aku tak reti lah. Aku dah lupa apa yang aku belajar masa kursus satu hari photoshop yang aku pernah hadiri 2 tahun yang lepas. Nak curik orang punya kad raya aku rasa tak kena dan tak syok sebab tak asli dan bukan hasil tangan aku. Oleh itu, tidak adalah tempekan kad raya kat sini. Lagipun, kalau aku penat-penat buat pun, belum tentu lagi ada orang tengok.

Hari ni apa tujuan aku datang opis ni pun aku sendiri tak tahu. Oh.. ya.. pergi ambil surat. Surat pengesahan aku naik pangkat... yehaaaa..... Dalam surat tersebut ada tulis semoga aku tambah rajin buat kerja sebab dah naik pangkat ni. Tengoklah.. kalau aku rajin aku buatlah kerja aku hahaha.

Hari ni juga hari terakhir kerja sebelum cuti raya. Rasa macam nak ke Sogo atau Jalan TAR. Barulah betul ini hari terakhir kerja sebelum cuti raya. Kalau tak buat begitu, rasa macam tak meriah lah raya kali ni. Betul tak puan-puan? Puan-puan di ayat sebelum ni termasuklah bini aku sekali hahaha.

Oh ya.. kalau ada yang masih tercari-cari duit baru untuk dibuat duit raya tetapi tidak sanggup menghadapi kesesakan dalam bank, aku boleh berikan duit RM1 yang bini aku dah tukar dengan banyaknya pada korang. Setiap duit kertas baru bernilai RM100 aku boleh bagi dengan harga RM120....aku cuma mintak upah RM20. Murah bukan berbanding dengan penyeksaan emosi dan mungkin sedikit fizikal hingga ada yang terpaksa bukak posa sebab nak makan panadol untuk menghilangkan sakit kepala memikirkan bank mana yang masih ada lagi duit seringgit baru di hujung-hujung Ramadhan ni.

Akhir sekali..... janganlah bawak keta macam ko sorang jer yang nak raya ya... ehhh hampir terlupa pulak.... SHRMZB.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Sep 2010

Santa Claus Sambut Raya?

Arghhhhh... aku tengah berpuasa ni.. tapi aku ada perasaan yang sangat kuat untuk menyumpah-nyumpah... kalau boleh aku nak maki habis-habisan.. guna segala perkataan kotor yang aku tahu. Tapi aku sedang berpuasa... dan benda yang aku nak maki ni pulak memang bertujuan untuk mengganggu iman semua orang kat Malaysia ni. Memang sengaja dibuat supaya nampak kita ni... muslim di malaysia... kononnya fanatik sangat dengan agama sendiri tak tentu pasal.


Arghhhh... semakin aku menaip makin aku tensionnnnnnnnnnnn.

Arghh.. korang dah tengok iklan raya TV3 suku tahun ni? Arghhhh... sakitnya hati aku tengok iklan tu!!!!!!!! Arghhhh... kenapa teruk sangat ni? Arghhh... macamana iklan macam ni boleh disiarkan di stesen tv sebuah negara Islam? Arghhhhh


Baca sini dan fikirkan kenapa imej santa claus boleh dimasukkan dalam Idul Fitri.

update 12.25 am 6 september 2010

TV3 dah hentikan siaran iklan ni dan mintak maaf dalam buletin utama 5 september 2010. Tahniah kepada semua muslimin dan muslimat yang prihatin sehingga iklan ini berjaya dihentikan siarannya. Cuma... agak-agak kan... boleh ke kita tahu siapa yang jadi dalang disebalik pembikinan iklan ni ek?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Sep 2010

Bisikan di telinga

Lelaki selalu dikaitkan dengan sikap tidak pernah ingat tarikh-tarikh tertentu orang-orang yang berada di sekeliling. Tarikh lahir anak pun ada yang tak ingat... yang bini punya lagilah tak diambil berat. Lagi pulak kalau dah ada anak empat. Kalau teringat pun pasti sudah terlambat. Itupun sebab mintak dengan bini tak dapat-dapat, barulah kepalahotak tu berpusing ligat, memikirkan apakah kesalahan yang telah dibuat, rupanya ada hari yang patutnya dapat, tapi terlupa sebab malam tu bukan malam jumaat.

Tapi aku bukan jenis lelaki begitu. Semua tarikh penting aku ingat tau. Tak caya tanya bini aku. Siapa yang bisikkan di telinganya "Selamat Hari Lahir Sayang" tepat jam 12 tengahmalam pada hari lahirnya? Dah tentulah aku.. takkan orang lain pulak. Kalau ada orang lain dekat dengan telinga bini aku... nak kena pelangkung dengan akulah jawabnya. Even tarikh kali pertama aku jumpa dia pun aku ingat tau. Siap jadikan anniversary jugak selain anniversary kawin. Tapi tak semestinya aku ingat tarikh-tarikh tu semua bermakna aku selalu dapat.. uwaaaa... tak jugak uwaaaaaaaaaa.

Yang aku nak cerita benda lain.. dah jadi benda lain pulak.. yang sebenarnya.. hari ni hari lahir mak aku.. yang ke berapa ek... jap ya nak tekan kalkulator... 2010 - 1936 = 74 tahun. Pada yang tatau lagi.. mak aku tinggal dengan aku. Tapi sekarang ni dia ada kat umah adik aku sebab adik aku baru bersalin. Oleh sebab itu.. aku ada alasan untuk terlupa lah pasal hari lahir mak aku ni pagi tadik... nasib baik ada orang datang suruh sign surat sekejap tadik. Masa tulis tarikh kat surat tu baru teringat.. ehhhh 2 September... birthday Mak ni. Lagi pun aku dah lama tak tidur dengan Mak aku.. jadi ada lagi alasan kenapa aku tak wish kat mak aku tepat jam 12 tengahmalam tadik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Sep 2010

Sejarah yang gagal

Percubaan aku gagal. Ya.. percubaan untuk jadikan Ogos 2010 entri terbanyak dalam sejarah blog ni gagal. Mana tak gagalnya, dah 30 Ogos baru terpikir pasal benda tu. Tapi takpelah... Ogos 2010 dapat tempat ketiga.. tewas di tangan Mei dan Julai 2006.

Aku juga telah buang semua statistik dalam blog ini. Dulu kat belah kanan tu boleh dilihat sapa yang datang blog ni dan berapa kerap orang datang blog ni. Sekarang, aku dah tak nak peduli dah pasal tu. Korang nak datang... datang... tak nak datang pun takper.

Ya.. aku juga telah tukar kulit blog ni sejak beberapa hari yang lepas. Aku ni kan suka dengar cakap bini. Bini aku cakap gelap sangat.. tak ceria.. aku pun tukar lah jadi cerah. Aku pilih gambar kayu sebagai latarbelakang sebab aku suka kayulah. Gambar lain tak best. Mudah betul nak tukar-tukar kulit blog sekarang ni. Kalau zaman aku mula2 terjebak bukak blog ni.... nak letak gambar pun payah dalam entri. Pada yang tak tau dan nak tau... blog yang dah 5 tahun usianya ini sebenarnya bukanlah blog aku yang pertama. Dulu aku ada blog lain.... 2003 atau 2004.. aku pun dah tak ingat. tapi aku delete sebab aku dah bosan dengan blog tu... tahan dalam setahun dua je kot.

Apa motif aku tulis benda-benda ni pun entahlah. Yang aku pasti.. bila bulan posa je memang semangat go blog aku memang tinggi sikit banding dengan bulan tak posa. Dalam setahun ada sebulan jer posa.. makanya.. lagi 11 bulan...... tersadai balik macam sebelum bulan posa ni agaknya. tapi aku respek dan suspek lah pada blogger-blogger yang dah lama go blog ni... orang pertama yang perkenalkan aku pada blog ni... blognya masih tetap berupdate hampir setiap hari... Kat blog dia sekarang bermula dari Ogos 2003. Sebelum tu dia dah guna host lain macam geocities etc... Makna kata... dia memang tak penat-penat tulis blog dan dia memang jenis yang suka menulis di mana-mana. Pak Adib memang sentiasa bawak buku untuk catat perjalanan hidup dia. Berbeza dengan aku... paling lama buku catatan kecil ada dalam poket ialah untuk 5 hari kot. Itu pun lepas balik dari mana-mana kursus motivasi atau management yang promote bawak buku catatan setiap masa. Pen pun selalu takder hehehe. Satu lagi sifat yg aku selalu takder ialah.. istiqamah. Semua benda yang aku buat takder istiqamah lah aku rasa.

Oklah.. sebagai penutup... sama-samalah sebut kuat-kuat dengan aku.... Saya Sayang Lanrambai hahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 Aug 2010

Bukalah Mata Kita

kalau dah pernah dengar lagu ini pun...pastikan korang dengar apa yang mat salleh tu cakap di tengah-tengah video ini. Subhanallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Aug 2010

Hadiah untuk birthday aku

Aku baru tahu... sempena harijadi aku minggu lepas.. ada otai-otai blogger buat entri fantasi pasal 2060. Selamat membaca.

sinaganaga

Pipiyapong

tok rimau (lewat sehari dari hari birthday aku.... sibuk pikirkan sambutan birtday sendiri agaknya)

deansham

zaini

jimbo

fdausamad





ps - entri ini adalah sebahagian daripada usaha-usaha untuk menjadikan ogos 2010 sebagai bulan paling banyak entri dalam sejarah blog ini. Doakan aku berjaya.

pss - kalau ada yang datang dari blog naga.. sila tinggal jejak.. aku nak kira berapa ramai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Loya-loya

Utusan Malaysia adalah sebuah akhbar yang semakin meloyakan.


Itu sahaja buat kali ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 Aug 2010

Henpon Duit Raya

Aku nak guna duit sumbangan raya RM500 tu untuk beli henpon raya lah... Spesifikasi minima henpon yang aku nak beli adalah:-

Camera 5mp with video
Wifi
GPS
Internet
3G
Touch screen

Ada ker jual henpon spesifikasi di atas di bawah RM500 ek? Kalau korang jumpa bagitau aku... sebab aku tak jumpa-jumpa lagik.

Kalau dah raya pun tak jumpa jugak... aku kena campurkan dengan duit raya anak2 aku jelah nanti untuk beli yang mahal sikit. Bila aku bawak anak2 aku jumpa korang.. sila beri duit raya banyak-banyak ya. Kalau sikit.. susah untuk aku pau nanti. Kalau banyak, tak ler rasa bersalah sangat. Asalkan dapat beli patung power rangers dah cukup buat dorang. Yang lebihnya bagi kat Ayah buat beli henpon baru ya anak-anak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 Aug 2010

Birthday Yang Mengantuk

Berat sungguh mata aku masa memandu ke pejabat tadik. Biasanya ada teman kat sebelah.. jadi kalau ngantuk sangat ada yang tolong picit atau cubit untuk hilangkan rasa nak pejam mata tu. Bini takde lah pulakkk. Dan aku telah bertekad untuk tidor dulu bila sampai kat opis ni.

Sebelum nak lelap sekejap, sebagaimana biasa, duduk jer mesti bukak pc dulu. Bila pc dah bukak, mestilah chek email dulu. Mak aiii.. banyaknya ucapan untuk aku di facebook. Mata terus jadi segar dan baca email satu persatu. Sayangnya, aku tak boleh nak bukak FB kat opis ni. Dah masuk hari ketiga FB dilembabkan perjalanannya.... ia tidak diblok terus sebab kalau awal pagi dan lewat petang, FB masih boleh dibuka. Cuma kadar kelembaban FB tersebut akan membuat anda menjadi seperti arnab yang sempat tidor dahulu sebelum si kura-kura sampai.

Oleh kerana aku tak boleh bukak FB sepanjang hari ini, di blog inilah aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas semua ucapan yang diberikan. Tak sangka betul.. ramai yang ingatkan aku lagi. Untuk korang, terimalah sebuah lagu yang aku karang sendiri liriknya :-

Termenung ku sendiri
Mengenangkan bini pergi Sabah
Susahnya aku nak bangun sahur tadik
Hampir-hampir terlajak ke pagi

Di pagi yang mulia
Hati sayu kena hidang sendiri
Biasanya semua makanan dah ready
Tunggu aku di atas meja

Apa nak dibuatttt
Bini aku kena pergi Sabah
Walau di hari lahirku
Dia pergi kerana kerjaaaaaa

Kepada semua teman
Yang sangat-sangat aku sanjungi
Terima kasih atas segala ucapan
Maafkanlah segala kesalahan
Terima kasih atas segala ucapan
Tahun depan buat lagi sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Aug 2010

Mercun Rasuah

Siapalah yang makan rasuah dan memberi rasuah sehingga menyebabkan anak kecil itu terpelanting jasadnya sehingga ke atas pokok? Sungguh celaka perasuah-perasuah tersebut.

Haaa. engkau pulak.. yang berkuasa memberi lesen.. jangan ambik rasuah, takut-takut orang yang sepatutnya tak layak dapat lesen itu, terbabas langgar cucu engkau nanti.

Haa.. engkau yang kat belakang tu... yang berkuasa tentukan tiang itu layak dicurahkan konkritnya, jangan ambik rasuah, takut-takut satu hari nanti anak engkau akan bekerja di bangunan ini semasa ia roboh akibat tiang yang tidak betul adunan konkrit dan besinya.

Dan... engkau semua... yang punya kuasa atas pemilihan siapa ketua siapa, jangan akibat rasuah, engkau biarkan bapak rasuah jadi pilihan.

Oh ya.. kalau kau terasa dengan perkataan "bapak rasuah" itu... maknanya ko memang makan rasuah lah ya hehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Aug 2010

Facebook Kena Blok?

Tetiba opis aku jadi bising sedikit... tadik bukan main tekun lagi dorang ni... tekun berfacebook hehehe. Sekarang ni dah 1/2 jam semua orang tak boleh masuk. Barulah ada yang bergerak-gerak bawak file.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tak Suka Tazkirah?

Kenapa kena ada tazkirah ek? Solat terawih dah ler. Ceramah bulan lain pun boleh. Terawih masa Ramadhan jer kan kan kan. Moreh pun ada masa Ramadhan jer. Bila ada tazkirah, terawih lambat mula dan moreh pun dah sejuk. tak sedap.

Kenapa kena dengar tazkirah ek? Sebab kita tak paham bahasa arab! Kalau kita paham bahasa arab, tak perlu ada sessi khas tazkirah... sebab sambil dengar imam baca ayat Al-Quran dalam Terawih, itu dah jadi tazkirah buat kita. Tapi kita tak paham bahasa arab, kenalah ada sessi khas untuk terangkan tentang apa yang ada dalam Al-Quran.

Tak suka dengar tazkirah ke? Pergi belajar bahasa arab dulu ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Aug 2010

Provokasi Gilo

Gilooo... berpada-pada lah kalau nak buat provokasi pun... takkan le imam-imam kat penang tu bangang sangat sampai gantikan nama Agung dengan Guan Eng?

Baca kat sini provokasi melampau ni.

Sampai mamat tu ada sekali masa agih zakat pun dituduh permainan politik. Kalau ditakdirkan Allah, ada pemimpin agama lain yang istihar masuk Islam pun.. mesti ramai yang akan kata permainan politik jugak rasanya.

Aku nak tanya sikit kat korang.. kalau tengahari ni masa korang kat masjid untuk solat jumaat, tetiba ada beberapa orang bukan Islam berdiri kat tepi masjid dok perhati dan dengar keseluruhan proses solat jumaat dijalankan, korang nak buat apa ek? Halau dorang ker?

Dan satu lagi.. korang tak rasa sedih ker... dah merdeka nak masuk 53 tahun, nak jumpa bukan melayu dalam masjid punyalah payah. kalau kat masjid india dan sebagainya tu tak kira.. sebab dorang datang dari india memang dah muslim pun. Maksud aku... kenapa Islam kat Malaysia masih lagi seolah-olah Melayu jer yang punya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Aug 2010

Getah Pun Mau Pau Ka?

Babak 1

Bang... getah pintu peti ais saya rosak lah... boleh tolong repair. "Ohhhh.. encik kena bawak pintu peti ais tu datang sini" jawab si tukang repair barang elektrik sambil tersengeh-sengeh.

Macam celaka... kata aku dalam hati. Mentang-mentanglah kedai ko ni ramai orang, jawab soalan aku macam nak suruh aku balik jer. Takper.. aku balik. Kedai ko ni berlambak peti ais, tv dan mesin basuh yang dah rosak ni kenapa ah? Orang antar lepas tu ko tak reti repair ker? buat semak mata jer tengok kat tepi jalan ni.


Babak 2

Hello..encik ada buat repair barang letrik kan? Saya punya getah pintu peti ais tu dah koyaklah. Berapa ya kalau nak tukar. "Ohh... encik kena bukak getah tu dan bawak datang ke kedai saya ni. nanti saya akan buat order getah tu kat supplier. Harga RM180, satu minggu siaplah." Hahhhh... RM180? Satu minggu? "Peti ais tu boleh guna encik tapi kurang sejuklah sebab takder getah selama seminggu. Getah tu tak susah nak bukak pun encik... encik tarik jer dan bawak datang sini".

Waduh.. mahal gilossss... lepas tu seminggu baru siap???


Babak 3

Hello... itu customer services jenama peti ais saya kan? (jenama apa tidak boleh diletakkan di sini... nanti jadi iklan percuma pulak hehe). Saya nak beli getah pintu peti ais model ABC ada stok tak? "Ada.. encik... semuanya RM84 termasuk kos penghantaran ke rumah. Sehari dua lepas encik masukkan duit ke akaun syarikat kami, barang tu sampai lah".

Kesimpulan

Betapa manusia ini suka benar cekik darah orang dengan tujuan untuk jadi kaya. Getah pintu tu aku pasang sendiri tak sampai 5 minit. RM180 tolak kos getah RM84 = RM96 upah pasang getah???? Gilo! Tapi... terimakasih banyaklah pada yang nak pau aku tu sebab terbagitau cara bukak getah dan pasang getah tu hehehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Aug 2010

Eksidennnn

3 Ramadhan aku kena sondol.

5 Ramadhan tengok motor tergolek depan mata.

7 Ramadhan nampak keta berpusing dalam hujan. Mula-mula terpusing dan langgar railing di sebelah kiri... lepas tu bergerak melintang jalan dan menuju ke railing sebelah kanan pula. Aku berada sekitar 20 meter sahaja di belakang. Alhamdulillah pemandunya selamat. Cuma kereta rosak sedikit di sebelah kanan.

Tempat keta berpusing dan terbabas tu memang tempat selalu jadi begitu masa hujan. Hiwaynya Guthrie Corridor Expressway. Aku memang guna hiway tu setiap hari. Memang ramai yang terbabas masa hari hujan kat GCE ni. Aku cuma nak peringatkan kalau ada yang akan lalu GCE ni.. sekiranya hujan atau baru lepas hujan.. atau apa-apa keadaan yang boleh menyebabkan air bertakung atas hiway tu... sila abaikan papan tanda had laju 110km/jam yang ada kat hiway tu kecuali kalau anda mahu memeriksa kekuatan badan kereta anda sekiranya bercium dengan railing besi di kiri dan kanan. Bawak 90km/jam pun dah boleh dikira laju weii kalau masa hujan.

Satu lagi pesanan aku... tali pinggang keledar memang tidak perlu dipakai sekiranya kita rasa kita sempat memakainya sebelum kita ditimpa kemalangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Aug 2010

Kena Sondol

Aku jumpa lampu isyarat merah. Aku berentilah sebab kat depan aku ada 5 kereta yang jumpa lampu yang sama. Bila lampu itu tukar jadi hijau, aku pun sedialah nak jalan. Tapi sebab depan aku ada 5 kereta lain, kena tunggu dorang jalan baru aku boleh jalan kan kan kan. Elok2 aku nak tekan minyak jer... gedegang... apahal pulak ni??? Pegi belakang... uwaaaaa....



nota kaki - tarikh kejadian 3 ramadhan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Aug 2010

Lega

Aku bukan Presiden lagi. Legaaaaaaaaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Aug 2010

Bini Marah Tinggal Berdua

Bini aku marah sebab aku dah lama tak update blog ni.

Dia suruh aku buat summary apa yang aku sepatutnya dah update selama 6 bulan setengah ni. Oklah.... utk elakkan dia marah aku lagi.. berikut adalah summary apa yang aku buat dari februari sampai sekarang.


Januari

Bini aku suruh masukkan birthday dia pada 27 januari. Selamat hari lahir yang terlewat sayang!

Februari

Birthday Bang Ngah... aku pun dah tak ingat aku beli apa utk dia hari tu.

Mac

Birthday Bang Chik... ditto.

April

Birthday Exora aku.... hadiahnya.... insurance dan road tax dekat RM1 ribu!

Mei

Sambutan ulangtahun EOCM pertama kat Glory Beach Resort, PD. Event terbesar pernah aku buat yang menelan belanja lebih RM30 ribu. Penat giler buat event ni tapi berbaloi sebab dalam 100 biji exora terlibat dalam konvoi. Dan.... aku masuk TV lagi.

Jun

Pertama kali aku tak dapat peluk bini aku masa annibersari perkahwinan aku dengan dia. Dalam setahun ada 365 hari, hari tu jugak yang dorang ni pilih utk buat meeting kat JB. Sungguh hampehhhh. Kena duduk kat hotel yang dikatakan banyak hantu pulak tu.. nasib baik aku tak jumpa.

Julai

Bawak anak bini gi Glory lagi. Kali ni keluar duit sendiri dulu tapi kemudian boleh claim sebab pergi utk persidangan.

Ogos

Aku sedang buat persiapan untuk turun takhta. Cukuplah hampir setahun aku jadik presiden. Aku dah penat. Bagi orang lain pulak yang pimpin EOCM. Lagipun dah ramai ahli baru yang tak tahu pun aku Presiden sebab aku dah jarang masuk forum. Semangat dah kurenggg.

Hari ni

Aku dan bini aku berdua jer kat opis aku sekarang ni. Orang lain semua dah balik.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Jan 2010

Ziyad 3Tahun Nak Adik?

Hari Isnin lepas... dah dekat seminggu dah pun, atau lebih tepat lagi pada 18 Januari 2010.... genaplah 3 tahun kali terakhir bini aku kena potong tang perut untuk keluarkan budak. Sekarang ni aku tengok dia lain macam jer bila tengok orang dukung bayi. Aku takder hal punya. Khidmat aku anytime boleh hehehe. Yang nak kena potong lagi bukan perut aku hahaha.

video

Budak Ziyad ni kalau time dia ok... comel jer aku tengok. Kalau time dia ngamuk... geram betul.... rasa macam malas nak ada anak kecik je lagi. emmm.... Sayangggg... jangan lupa makan benda tu tiap-tiap hari ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Jan 2010

Exora at Genting Highlands

Anak-anak aku jelezzzz asyik aku jer yg dapat masuk TV... dorang sibuk nak interframe jugak hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Jan 2010

Kisah Darjah Satu

anak sulong aku perempuan.. masuk darjah 1 tahun 2006... antar masuk kelas lepas tu tinggalkan jer.. jenguk masa rehat dan masa balik pastikan dia naik van yg betul.... lepas dari tu.. ok jer sampai sekarang.. sesekali ponteng tu biasa ahhh sebab tak larat nak ke sekolah.

anak kedua aku lelaki.. masuk darjah 1 tahun 2008.... antar masuk kelas lepas tu tinggalkan jer.. jenguk masa rehat dan masa balik pastikan dia naik van yg betul.... lepas dari tu.. ok jer untuk 2 minggu.. selepas 2 minggu tak nak pergi sekolah takut cikgu garang. sepanjang darjah 1 tukar2 kelas sampai 4 kali. bila tukar kelas dia jadi ok kejap... lepas kena marah dgn cikgu kelas baru.. terus tak nak masuk.... tapi kelas yg last sekali walaupun ada buat hal.. dia berjaya dikekalkan kat kelas tu sampai ujung tahun. cikgu kelas ni sama2 pujuk dia utk masuk kelas... cikgu yang sebelumnya.. tengok jer aku pujuk/marah kat luar.. abis kuat.. "kenapa tak nak masuk kelas ni.. jom masuk..." itu ajer. Masalah ini berulang kembali bila di tahun 2. Dan hari ini, dia buat hal lagi.... tepon dari umah tak nak pergi sekolah lagi.... pening aku.. dah tahun 3 pun buat hal lagi.

anak ketiga aku lelaki.... masuk darjah 1 tahun ni (2010)... setakat 2 ari ni, ok jer.... tapi dah start cakap cikgu garang pegang rotan pulak dah. Masalahnya.. anak-anak jantan aku ni jenis tak reti duduk diam kat kelas.. gerenti selalu kena marah punya.. harapnya yg ketiga ni jenis hati keras sikit utk pergi sekolah walaupun kena marah dengan cikgu.

anak keempat aku lelaki... masuk darjah 1 tahun 2014.... lagi 4 tahun ingatkan aku utk sambung ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Jan 2010

Aku Dalam TV



Mana orang RTM dapat nick name aku ni hahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...