12 Nov 2014

Kriket Sdara - Perlawanan Sulong!

Perlawanan Persahabatan pertama sebagai satu pasukan SDARA pada 8 November 2014 di KTJ Mantin
 
Pagi - SDARA vs SMACK
 
 
Kalah! Batting sekejap saja. 3 ke 4 runs in 2 overs kot. Hampir semua batting below par kecuali Shahir yang stay lebih kurang 10 overs dan dapat 25 runs. Final Result SMACK 106 - Sdara 86
 
Tengok gaya dari 2 gambar batting macam bola ke boundaries je kihkihkih. Gaya jelah.
 



Bawah ni pulak gambar aksi sebagai wicket keeper. A job I love so much walaupun sangat memenatkan dan perlu fokus yang tinggi.
 




 
Boleh lagi diving sikit-sikit hehehe



Sebelah petang pula Sdara vs Assak. Game yang ni Sdara menang dengan 8 wicket. Tak ada gambar semasa aksi kerana cameraman Smack dah balik.

 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 Oct 2014

Bank Hitam

Dulu....Saya pernah cuba buka akaun simpanan di sebuah bank terkemuka di Malaysia. Rupanya saya telah disenaraihitamkan oleh bank tersebut kerana menjadi penjamin kepada orang yang tak reti bayar hutangnya.

Tahun lepas, masa saya beli kereta, jurujual kereta tersebut telah menghantar permohonan pinjaman kereta saya ke bank tersebut. Saya biarkan sahaja. Takkan saya nak beritahu saya ni bawah senarai hitam. Lagipun, saya pun nak tahu juga kot kot dah jadi putih balik ke. Tak lama lepas hantar permohonan, jurujual kata boleh dating tandatangan perjanjian kerana pinjaman kereta saya dah lulus. Wahhh.. saya sudah tidak hitam lagi...yehaaaa. Sekarang ni, pinjaman tersebut saya dah selesaikan dah pun sebab saya dah jual semula kereta yang saya beli tu.

Oleh kerana saya yakin saya dah jadi putih, saya bercadang nak buka akaun semasa di bank tersebut sebab ramai orang yang berurusan secara online menggunakan khidmat bank tu. Dah lama cadang pun tapi baru hari ini sempat hantar borang buka akaun. Itupun isteri saya yang hantarkan. Tengahari tadi dapat sms daripada isteri saya...Saya masih hitam lagi rupanya!

Betul kata orang....bank buat duit dengan cara bagi orang pinjam duit, bukan dengan duit yang orang simpan. Bagi pinjaman akan dapat pulangan melalui keuntungan atau faedah. Bagi orang simpan duit, bank kena bayar keuntungan atau faedah pada penyimpan pula. Lagipun, akaun simpanan atau semasa ni biasanya tempat duit duduk sekejap sahaja. Hari ini masuk gaji, kalau lepas seminggu masih ada separuh dalam akaun.... itu dah boleh jadi salah satu benda pelik di dunia kihkihkih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Oct 2014

Kaya Hartanah?

Tahun 90an dulu, ramai yang gila main saham. Beli saham tanpa modal pun ada kerana masa tu ramai yang main kontra. Hari ini beli RM1, lepas seminggu jual balik RM2. RM1 yang asal tu tak ada pun lagi dalam akaun. Tiba-tiba gawat ekonomi datang. Beli RM1 jadi 20 sen. Ramai yang terduduk.

Sekarang ini, sudah tidak boleh labur dalam bursa saham tanpa duit dalam akaun macam dulu-dulu. Jadi tak banyak sangat orang yang cerita pasal jadi kaya tanpa modal main saham.

2010an pula, sektor hartanah pula ada banyak insentif hingga ada yang beli rumah tanpa modal. Ramai yang beli beli beli bagaikan harga semua hartanah yang kita beli masa dilancarkan itu pasti akan naik mencanak bila dah dapat kunci. Selagi ramai yang dalam mood beli beli beli ini, selagi itulah pemaju akan tingkatkan harga jualan.

Beli untuk tinggal sendiri tidak ada kesan sangat. Dapat kunci nanti, duduklah rumah baru.

Beli untuk jual balik? Anda yakin harga akan naik sampai bila-bila? Anda yakin ada yang akan beli dari anda 2/3 tahun akan datang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Oct 2014

Nak Tulis Buku

Untuk tujuan rekod. .. saya telah nyatakan di Facebook pada 23 Oktober 2014 keinginan saya untuk tulis buku. Dalam salah satu balasan kepada komen yang diberikan, saya ada maklumkan yang buku akan siap dalam masa 3 tahun.

Doakan semoga 2017 buku ini berjaya dilancarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Sep 2014

Garis Merah Kewangan

 
 
Lebih tinggi kuasa kereta, lebih tinggi garisan merah. Lebih kerap dipandu sehingga hampir garisan merah, lebih pendek umur enjinnya.
Atas sebab itu, tak ramai yang maksimumkan penggunaan enjin kereta pada setiap masa untuk elakkan enjin cepat rosak.
Garis merah kewangan kita pula bagaimana?
Saya sendiri tak pernah fikir pun pasal garisan merah kewangan ini. Pinjaman peribadi, kad kredit, pinjaman kenderaan dan sebagainya telah membuat garisan merah palsu pada kedudukan kewangan saya selama ini. Saya sering serahkan pada pihak yang bakal memberi saya pinjaman untuk tentukan saya layak atau tidak. Jika saya layak, maknanya saya mampu. Demikianlah prinsip yang saya telah guna selama ini. Prinsip yang buat saya melangkaui garis merah kewangan saya yang sebenar.
Sekarang ini, saya sedang berusaha mencari garis merah kewangan saya yang sebenar. Sukarnya yang amat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Sep 2014

Tanah Tumpah Darahku Terbiar

Abah saya dulu kerja sebagai polis di Singapura. Selepas isteri pertama Abah meninggal dunia pada tahun 1969, Abah balik ke Melaka bersama dengan 8 orang anak.
Pada tahun 1971, Abah saya, duda anak lapan telah berkahwin dengan Mak. Mak pula janda anak seorang. Janda jumpa duda.... lahirlah saya dan dua orang lagi.
Masa di Melaka,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Sep 2014

Wasiat Bahagian Kedua

Dah lama tak menulis di sini. Tak sedar dah dekat sebulan. Ok.. ini sambungan kepada Wasiat Bahagian Pertama. Bahagian kedua ni saya nak tulis jawapan kepada soalan yang saya tulis sendiri di bahagian pertama tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Aug 2014

Wasiat Bahagian Pertama

Pemergian Arwah abang saya tanpa meninggalkan balu dan anak telah menyedarkan saya betapa pentingnya ilmu dan pengetahuan tentang wasiat, hibah dan faraid. Setelah habis saya kaji nanti, saya akan kongsikan di blog ini. Setakat ini yang saya tahu ialah saya sendiri tidak layak mendapat sebarang pusaka Arwah kerana saya berlainan ibu dengan Arwah dan wasiat kepada bukan waris ada had tertentu.
Persoalan lain antaranya adalah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Aug 2014

Selamat Berangkat Ke Dunia Baru

Tolong mandikan, kapankan, solatkan dan kebumikan. Itu sahaja yang mampu kita lakukan buat kali terakhir sebelum jasad hilang dari pandangan di dalam liang lahad.

Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh abang saya Rahim bin Ahmad yang telah pergi pada jam 8.15malam Ahad 3 Ogos 2014.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Aug 2014

Bang Aim di ICU

Sudah 4 hari Bang Aim tidur di sini. Raya paling suram buat kami sekeluarga. Biasanya Bang Aim yang akan jadi ketua konvoi beraya. Raya kali ini tak sempat jumpa pun dia lagi. Masa dia dibawa ke hospital, saya di Melaka. Baru beberapa minit bertolak dari Melaka menuju ke Segamat, dapat SMS maklumkan Bang Aim di ER Hospital Selayang. Oleh kerana Bang Aim memang dah selalu ditahan di hospital, berita tersebut tidaklahmenyebabkan saya berpatah balik ke KL.
Rupa-rupanya, kali ini teruk benar nampaknya. Hampir semua organ penting telah rosak akibat jangkitan kuman. Saya sendiri tidak tahu secara tepat apa punca sebenar kerana tak mahu bebankan kakak saya untuk ulang semula apa yang dia telah ceritakan pada orang lain. Yang saya tahu sekarang ni Bang Aim perlukan bantuan mesin dialisis 24 jam kerana buah pinggang sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Mesin lain pun ada juga tapi saya tak pasti untuk apa.
Di ICU ini, kesempatan untuk kita melawat pesakit adalah amat sedikit. Masa melawat singkat dan bilangan pelawat pada satu masa pula dihadkan kepada 2 orang sahaja. Kali pertama saya dapat lawat, nampak jelas mata Bang Aim sangat kuning. Hati dia memang dah lama patut dibedah tetapi oleh kerana Diabetis yang tinggi, tak mungkin ia boleh dibuat. Disebabkan masalah pada hati inilah yang buat mata jadi kuning. Sekarang ni, mata yang kuning itu sudah tidak kelihatan lagi kerana mata beliau telah tertutup rapat.
Harapan untuk Bang Aim sembuh sangat kecil. Doktor telah cuba sedaya upaya namun hanya Allah swt saja tempat kita berserah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Jul 2014

Bukan Milik Aku Lagi

 
Tuan yang baru sudah bayar penuh pada petang Jumaat yang lepas. Dia bank in ke akaun pinjaman saya di Maybank sebanyak RM63,000.00 tanpa melihat sendiri kereta ini! Sebenarnya yang beli ni ibu saudara kepada seorang rakan sepejabat saya. Terima kasih buat Pakli. Mak Usu dia beli berdasarkan recommendation dia semata-mata. Kenapa dia tak datang tengok kereta dulu? Sebab dia tinggal di Kedah dan saya di Selangor. Minggu depan dia akan datang ke sini untuk bawa balik.
Oleh kerana saya baru beli kereta ini setahun yang lepas (dan saya juga macam majoriti pembeli kereta yang lain, buat pinjaman seberapa panjang yang boleh) maka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Jul 2014

Tumpuan Pada Novel Terpakai

Tumpuan Pada Novel Terpakai

Selepas 2 minggu www.jualbelibukuterpakai.biz beroperasi, Alhamdulillah dapat sambutan menggalakkan. Sudah ada beberapa repeat customer. Seperti yang dijangka, 99% jualan yang dibuat adalah novel terpakai Bahasa Melayu. Saya ada terima tawaran untuk bekerjasama dengan seseorang yang sedang berada di UK untuk membeli buku-buku terpakai di Amazon UK. Tetapi saya tidak bercadang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Jul 2014

Baru Separuh

Nampaknya blog ni dah mula nak buat perangai lama balik.....ehh..bukan blog ni tapi tuan punya blog. Dah mula lambat update. Mentang-mentanglah sibuk dengan www.jualbelibukuterpakai.biz tu. Memang sibuk gilalah. Nak update tajuk dalam web pun tak habis lagi. Separuh daripada novel yang dalam gambar di
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Jul 2014

Honda Jazz Hybrid 2013 Untuk Dijual

 
Untuk Dijual!!!
Honda Jazz Hybrid 1.3
Tahun 2013
Sparkling Brown
Servis Percuma 3 Tahun/60,000km
Percuma Parts and Labour (minyak hitam, oil filter, plug semua Honda bagi free!!)
Tinted Dipasang oleh Honda
(bukan kedai accessories Cap Ayam)
Spoiler Bonet Dipasang Oleh Honda
(juga bukan kedai accessories Cap Ayam)
 
 


Mileage pada 7.00 pagi 4 Julai 2014
 



Makluman Pakej Servis Percuma
 




Surat Akuan Servis Percuma 3 Tahun atau 60,000km
 


Rekod Servis - Tak Pernah Miss
(Percuma tu... kalau ada miss juga tak tahulah)


 
Soalan Paling Penting
 
 
 
Berapa harganya nak jual ni?
 
RM63,000 ono
 
 
Apa maksud "ono" tu?
Or Nearest Offer daaaaaaa
 
Kenapa Nak Jual?
 
Sebab minggu lepas saya pergi bengkel kurangkan hutang dan kereta kedua sangat perlu untuk saya jual dahulu kerana keadaan kewangan yang seolah-olah kita berdiri dalam kolam renang dan airnya di paras dahi kalau kaki tak jengket. Masih boleh bernafas kalau kaki dijengketkan tapi penatlah sebab tak larat nak berjengket 24 jam.
 
Berminat?
 
Pukul telefon 013-6741585
 
Tak Minat?
Share post ini lah.. tolonglah kawan awak ni sikit. Percuma je kan.
 
Terima kasih banyak-banyak
 
 
Apa perasaan saya sekarang?
Rasa macam nak nangis.
 
Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Jul 2014

Mengapa Saya Buat Website Jual Buku Terpakai?


Mengapa saya buat website menjual buku terpakai?
 
Sebelum saya jawab, sila lihat screenshort yang saya ambil daripada beberapa blog yang menjual buku terpakai.
 


 



Saya rasa macam tak berapa user-friendly dan leceh kerana nak kena hubungi penjual dulu. Cuba bayangkan mphonline.com atau bookcafe.com letak syarat macam ini sebelum beli. Yang menjual di facebook pun banyak. Cuma di facebook senang sedikit sebab ada fungsi pm.

Saya cuba cari website buku terpakai yang seperti mphonline dan sebagainya tetapi tak jumpa....jadi...bling-bling.... jom buat website yang memudahkan orang untuk beli buku terpakai seperti di bawah.

 
http://jualbelibukuterpakai.biz/
 
Mudah kan?
 
Ehhh...tak jawab habis lagi soalan sendiri rupanya... Mengapa saya buat website jual buku terpakai? Lain kali lah sambung jawab. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Jul 2014

SSM Punya Sijil

 
Baru saya perasan, saya tak tulis lagi di blog ini tentang pendaftaran perniagaan dengan SSM. Hari tu tulis di Facebook rupanya. Sebut pasa facebook baru teringat ada yang tanya macam mana daftar SSM ni. Sebenarnya nak daftar SSM senang saja. Yang susah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Jun 2014

Ulang Tahun Ke 16

Hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke 16. Hari ini juga www.jualbelibukuterpakai.biz dibuka secara rasminya. Cita-cita saya ingin buka website tersebut dengan 1,000 buah judul tetapi hanya hampir 300 sahaja yang mampu saya senaraikan setakat ini.

Kepada yang membaca posting ini, saya ingin maklumkan anda telah layak menerima kod diskaun untuk pembelian di website yang memudahkan urusan membeli buku terpakai terutama novel terpakai. Kodnya ialah 280698 iaitu tarikh perkahwinan saya. Dengan kod ini anda akan mendapat diskaun sebanyak 20% sekiranya tempahan yang dibuat melebihi RM50.00. Tempahan anda juga layak mendapat penghantaran percuma.

Kod ini terhad kepada 10 orang sahaja dan hanya sah sehingga 26 Julai 2014 sahaja, jadi bertindaklah dengan cepat ya. Kongsikan dengan rakan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Jun 2014

Juara Lagi

Semasa saya di tingkatan 4, saya telah berpeluang mewakili Negeri Sembilan dalam sukan kriket di SUKMA 1988. Untuk yang tidak memahami tentang kriket, seperti bolasepak, ia dimainkan oleh sebelas orang bagi setiap pasukan. Posisi saya pula adalah 12th Man. Ini bermakna saya adalah pemain simpanan utama hahaha. Tidak seperti bolasepak, jarang sangat pemain simpanan masuk untuk ganti pemain semasa perlawanan berlangsung. Jadi harapan untuk saya merasa bermain di peringkat Sukma adalah kecil.
Walaubagaimanapun, semasa game yang pertama,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Jun 2014

Pening Ada Nama Melayu???

Nak pilih nama untuk daftar perniagaan bukan semudah isi borang letak 3 nama dan menyerahkan kepada pegawai SSM untuk pilihkan bagi pihak kita. Itu kesilapan yang saya pernah buat 3 tahun lepas. Masa itu, semasa nak isi borang di pejabat SSM baru saya tahu kita mesti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Jun 2014

Pelapis Kaki Pukul

Zaman sekolah dulu saya main kriket sampai ke Sukma (tingkatan 4) dan Kriket B23 Kebangsaan (tingkatan 5) mewakili Negeri Sembilan. Selepas hampir 25 tahun, skil memukul saya masih ada lagi. ..Alhamdulillah.
Minggu depan saya akan bermain di kejohanan antara alumni SBP. Alumni sekolah saya masih baru nak bergiat balik main kriket ni hingga terpaksa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Jun 2014

Pra Pembukaan www.jualbelibukuterpakai.biz

Ada banyak buku dan novel terpakai yang memenuhi ruang di rumah anda?
Tidak tahu mana nak letak buku-buku tersebut?
Rasa macam nak bakar sahaja buku-buku dengan raknya sekali?
Nak derma di perpustakaan sekolah pun tidak lagi diterima?
Nak dapat DUIT daripada buku-buku yang dah lama habis dibaca itu?

Sekiranya jawapan kepada semua soalan di atas adalah YA (terutama sekali untuk soalan yang terakhir), kami
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Jun 2014

Kerak Nasi Yang Salah?

 
Ada kawan lama saya maklumkan tentang teknik snowball ini selepas dia baca blog ini. Rupanya ada 2 cara untuk selesai hutang. Selama ni saya hanya tahu teknik bayar hutang yang paling tinggi kadar faedahnya dahulu. Teknik snowball ini pula
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Jun 2014

Cari Rumah

Dapat hadir konvensyen ini dengan harga RM1 sahaja dengan menggunakan kuota bekas peserta kursus hartanah Abang Ensem pada 1 Mei lepas. Memang berbaloi sungguh sebab nilai makanan yang dapat pun dah cukup tinggi berbanding dengan pelaburan yang diberi. Itu baru banding dengan makanan belum banding dengan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Jun 2014

Nama Baru dan Nak Upah Orang

Dah lama saya cuba dapatkan domain nama saya ini. Sejak dulu lagi sentiasa ada Roslan Ahmad lain yang telah beli. Akhirnya saya dapat juga domain tu hari ini...Alhamdulillah. Semoga nama domain ni dapat kekal dengan Roslan Ahmad yang ini pula.

Sebenarnya pagi tadi semasa memandu kereta ke pejabat, kepala hotak saya ligat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Jun 2014

Duit Terpijak!


Screenshot di atas saya ambil daripada email Irfan Khairi (IK) yang saya subscribe. Sebiji terkena pada saya. Minggu lepas saya dapat rezeki terpijak. Hasil saya tamatkan perlindungan takaful + "simpanan" saya tempoh hari, adalah sedikit pulangan yang saya dapat balik. Tak lah rugi banyak.. kurang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Jun 2014

Kursus Lagi

Bulan 6 akan dilengkapkan dengan kursus ini pula. Yang istimewanya ialah tarikh kursus jatuh pada hari ulang tahun perkahwinan saya dan isteri. Inilah hadiah ulang tahun kami tahun ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 May 2014

Jawab Komen Gaji dan Bil

Entri khas menjawab pertanyaan Tuan Tak Bernama 5.45 pagi dalam entri sebelum ni.
Tangguhkan bayaran bil sekiranya pendapatan sedia ada tidak cukup setelah ditolak 10% ke dalam tabungan. Tangguh bayar bil bukan bermakna tidak akan membayar. Maknanya utamakan tabungan untuk kecemasan dahulu. Tabung  kecemasan ini mesti diisi setiap bulan sehinggalah tabung tersebut sekurang-kurangnya bersamaan dengan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 May 2014

Gaji dan Bil

Dalam entri semalam, kesimpulan terakhir yang saya tulis ialah saya malas nak bayar bil. Share di facebook dan ada beberapa komen yang saya rasa ditulis tanpa baca entri di blog ni pun huhuhu. Antara komen yang menarik minat saya ialah.....First Thing First. Saya ada tanya balik apa maksud First Thing First tu tetapi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 May 2014

Bil Bil Bil

Hari ini saya telah dapat pengesahan untuk hadir ke dua acara yang tak mungkin saya akan pergi jika peluang itu datang 6 bulan yang lepas. 7 Jun saya akan ke Konvensyen Cari Rumah (KCR). 22 Jun pula ke Seminar "Retire Rich Retire Young" (RRRY). Kedua-dua acara ini saya berminat untuk pergi kerana Azizi Ali. Azizi Ali salah seorang daripada 5/6 pembentang semasa KCR dan program RRRY memang program yang dia buat.

Nama dan buku Azizi Ali saya dah lama tahu tapi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 May 2014

Selfie Dengan Ayah

Saya suka selfie dengan ayah saya yang comel huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 May 2014

Insurans/Takaful Pendidikan Terbaikkkk

Kita beli insurans kenderaan setiap tahun sebelum bayar cukai jalan. Tanpa insurans, cukai jalan kereta tak boleh dibuat maka kenderaan kita pun jadi tak layak untuk duduk atas jalan. Andai anda diberi pilihan untuk tidak membeli insurans kenderaan ini, adakah anda akan beli? Ada yang akan beli kerana mahukan perlindungan tetapi saya yakin ramai yang tidak akan beli. Jadi, ramai antara kita yang beli insurans kenderaan kerana terpaksa. Sebagai insentif, kita akan diberikan NCD/NCB untuk pembelian insurans tahun berikutnya sekiranya kita tidak membuat sebarang tuntutan. Andai kenderaan kita itu terlibat dalam kemalangan barulah kita "untung" sebab insurans yang akan tanggung. Tapi NCD/NCB kita akan jadi 0 semula. Kita kena beli insurans dengan harga penuh balik.

Memandangkan insurans nyawa tidak diwajibkan, maka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 May 2014

Langkah 1F - Tamatkan Takaful Lagi

Hari ini saya tamatkan pelan takaful+simpanan yang berusia hampir 13 tahun. Andai jumlah sumbangan yang saya telah berikan selama ini diletakkan dalam ASB atau Tabung Haji, boleh beli kereta terpakai secara tunai ni.
Walaubagaimanapun, minah yang uruskan penamatan polisi saya malas sedikit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 May 2014

Langkah 1E - Tamatkan Takaful Pendidikan

Tadi saya pergi tamatkan takaful pendidikan semua anak saya. Rasa rugi sangat kerana amaun yang bakal dipulangkan lebih kurang separuh sahaja daripada jumlah sumbangan yang telah dibuat.
Rugi yang dimaksudkan bukanlah rugi kerana tamatkan polisi tersebut tetapi kerana rugi tidak tamatkan lebih awal dan juga rugi tidak tahu lebih awal yang takaful/insurans pendidikan hanyalah bertujuan untuk kayakan syarikat.
Amaun yang sama jika diletakkan dalam tabung haji masing-masing, dah boleh pergi haji kami semua anak-beranak serentak. Walaubagaimanapun, semoga semua wang ringgit yang hilang itu digantikan dengan pahala membantu semua yang ditimpa musibah dan mendapat bantuan dari syarikat takaful tersebut.
Ada ramai yang bertanya di Facebook mengapa saya tamatkan takaful pendidikan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 May 2014

Langkah 1D - Pemilihan Ejen

Ejen takaful yang saya pilih cuma ada 3 kriteria ini sahaja:-

1) Paling cepat
2) Tidak tawarkan sedikit pun "kelebihan" yang lain selain daripada apa yang saya telah tetapkan.
3) Ejen sepenuh masa

Itu sahaja.

Ramai yang tamak dan gagal patuhi permintaan yang mudah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 May 2014

Pelan Tindakan 2014

Baru lepas selesai buat senarai Things To Do. Sengaja ambil gambar yang kabur tetapi pelan ini tidak kabur di dalam buku tindakan dan nota saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 May 2014

Langkah 1C - Takaful

Petang tadi, setelah meneliti beberapa cadangan daripada ejen-ejen takaful sejak minggu lepas, saya dan isteri telah selamat menyertai skim takaful khairat kematian dan keilatan kekal tanpa sebarang skim pelaburan atau simpanan dan sebagainya. Bayaran bulanan skim ini adalah lebih rendah daripada skim takaful dengan simpanan yang telah lama kami sertai. Lebih kurang 10 tahun. Semua skim sedia ada ini akan saya tamatkan minggu depan.
Mengapa saya ingin tamatkan skim takaful
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 May 2014

Kena Panah

Saya belum pernah baca buku Rich Dad Poor Dad tetapi kata-kata yang saya ambil daripada apps RDPD Summary ini buat saya rasa dipanah tepat di dada. Ouchhhh!

Setakat ini tidak ada yang komplen sangat bila saya downgrade Astro kecuali Bang Ngah yang tak puas hati bakal tidak dapat menonton Piala Dunia. Saya bagi tahu dia yang perlawanan semuanya bakal berlangsung semasa waktu kita tidur dan dia terima penjelasan saya.

Kakak masih tetap gembira dengan saluran Korea dan Bang Chik serta Ziyad masih ada saluran Ceria dan Disney XD. Yang paling banyak kesan rupanya adalah saya sendiri kerana tiada lagi saluran sukan dan movie. Tak mengapalah kerana saya sendiri jarang pun tengok tv.

Ada beberapa langkah kecil yang perlu saya buat segera. Bila saya dah buat akan saya ceritakan di sini ya.

Ps - macam tulis surat pula - ada satu lagi langkah drastik yang isteri saya dok merayu jangan buat. Saya sendiri pun masih 50-50!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Langkah 2 - Astro

Demi untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan, saya telah "downgrade" pakej Astro daripada Superpack kepada Family Pack sahaja. Pengurangan yang saya dapat adalah sebanyak RM80 sebulan. Langkah ini saya anggap satu langkah yang drastik kerana Piala Dunia Brazil hanya sebulan sahaja dari sekarang! Drastik kerana semua yang kenal saya pasti tahu betapa rajinnya saya menonton siaran langsung bolasepak.
Mungkin ada yang akan membuat andaian saya sedih Liverpool gagal menjuarai BPL sehingga mendorong keputusan ini dibuat. Tidaklah. Ya saya sedih tapi tidak sampai menjadi asbab tindakan ini diambil. Liverpool juara pun saya tetap buat perkara yang sama.
Saya akan sambung balik pakej sukan Astro sekiranya "net worth" saya menjadi positif.
Semoga angka negatif sekarang akan bertukar jadi positif dengan segera kerana Liverpool akan bermain di Liga Juara Eropah. Takkan nak keluar ke kedai mamak pukul 3 pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 May 2014

Lemas Perot

Malas sungguh nak layan. Mujur hanya di ruang chat FB. Kalau diajak berjumpa ni lagi teruk barangkali. Ini yang aku kata ada ejen takaful yang tamak. Dah diberi peluang untuk dapat pelanggan yang menyerah diri, mereka cuba untuk dapatkan komisen yang lebih tinggi lagi.

Oh ya, jangan sekali-kali minta pendapat tentang sesuatu produk daripada si penjual produk tersebut.

Pengubahsuaian kepada takaful yang aku ambil adalah langkah pertama untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan. Langkah kedua lebih drastik lagi. Tungguuuuu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 May 2014

Langkah 1b - Takaful Lagi

Hari ini baru aku sedar yang sumbangan keluarga aku terhadap beberapa syarikat takaful adalah sebanyak RM609 setiap bulan! Sumbangan yang besar untuk pulangan yang tak seberapa pun.

Aku harap minggu depan aku dapat selesaikan urusan beli takaful perlindungan kematian sahaja yang jauh lebih murah. Sebaik sahaja polisi baru aktif, semua takaful sedia ada akan ditamatkan.

Perunding takaful/insurans biasanya adalah orang yang tamak. Orang yang tamak selalu rugi. Kenapa aku kata begitu? Lain kali aku cerita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 May 2014

Langkah 1 - Takaful

Sedang kumpul sebut harga perlindungan takaful atas kematian sahaja.

Terasa sangat membazir dengan pelan takaful sedia ada. Sebulan RM107.75 untuk pelindungan hanya RM75,000. Pelan ini akan ditamatkan sejurus pelan baru dibeli.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 May 2014

Konvensyen Pejuang Hartanah

Aku adalah sebahagian daripada sejarah. Puas menyerap pelbagai ilmu sepanjang siang tadi.

Hari 1

Azizi Ali mengaku tidak pernah tengok tv.
Iron Lady juga seorang pemaju perumahan rupanya.
Sr Sulaiman dari Rahim & Co dengan statistik yang penting.
Ahyat....presentation power gila sampai semua mikrofon habis bateri.
Cr Fadzli Unic mengetuk hati.
Master Yus yang suka jual ikan.
Fauzul bagi tips penting tentang Johor.
Aku letih tapi suka.

Hari 2

Lawyer Khairul seorang penulis novel cinta
DSR penuh isi teknikal
Coach Bahar dengan impian serai pisang dan mangga
Tuan Khairudin adik ipar Mikail Ho
Rohaniah Nor yang poyo huhu
Ahyat sebagai penutup dengan kembara Eropah dan peta Greater KL

Aku?

Teringin berucap atas pentas yang sama 5 tahun dari sekarang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Jan 2014

Ziyad 7 Tahun Bilangan 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ziyad 7 Tahun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Jan 2014

Ainur Dengan Stereng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Jan 2014

Cressida

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rezeki

Unit tengah terakhir untuk bumi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Undilah Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Jan 2014

SMS Jemputan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Jan 2014

Nombor 4

Unit tengah yang menghadap timur yang tidak dibeli oleh kakitangan Sime Darby semuanya ada nombor 4.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Jan 2014

Garinia at Elmina

Highlighted telah dibeli oleh staf Sime. Akan dibuka kepada public pada 11 Januari 2014 secara ballot.

Setakat info yang diberi pada jam 3 petang tadi, 33 unit telah dibeli oleh staf Sime sendiri. Tidak sehebat fasa pertama jualan beberapa bulan yang lepas.

Siapa yang berminat ada masa 1 minggu lagi untuk cari RM30,000 untuk layak masuk ballot. Kalau berjaya dalam ballot, perlu selesaikan 10% harga belian dalam tempoh 3 minggu.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cabaran Hijau

Semoga Allah berikan kekuatan supaya botol ini tidak akan dibuka sebelum tarikh matangnya sampai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...